Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat pelbagai kaum, agama diingat terus pelihara perpaduan

-

KUCHING: Rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini diingatkan supaya terus memelihara perpaduan yang merupakan kunci kekuatan negara.

Pemangku Yang di-Pertua NegeriDatu­kAmarMoham­ad Asfia Awang Nassar berkata, tanpa perpaduan, sesebuah negara tidak akan mampu maju dan makmur serta dikunjungi pelabur luar.

“Maka itu, janganlah kita berbalah antara satu sama lain kerana ia hanya akan melemahkan kita.

“Pada masa sama, kita harus rasa bersyukur rakyat Sarawak sentiasa hidup dalam suasana harmoni dan kelebihan ini wajar kita pertahanka­n agar terus dapat dinikmati generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penyampaia­n sumbangan kepada Masjid dan Surau untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong di Masjid Al-Abyad Taman Matang Jaya di sini, pada Ahad.

Dalam konteks Islam katanya, agama Islam mengajar umatnya untuk bersatu padu dalam apa jua keadaan tanpa mengira perbezaan yang ada.

Ujarnya, semangat perpaduan yang utuh akan menjadikan umat Islam kuat dan disegani masyarakat lain.

“Jadi marilah kita bersamasam­a mempertaha­nkan perpaduan ini dan seterusnya memperbaha­rui tekad menjadi umat yang berjaya yang dapat menyumbang kepada pembanguna­n negara,” ujarnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadilah Yusof dalam ucapannya menyaranka­n agar jawatankua­sa masjid dan surau merangka pelbagai program termasuk membabitka­n golongan remaja bagi membendung masalah sosial yang berlaku dalam kalangan mereka.

Menurutnya, masyarakat Islam sekarang berdepan dengan pelbagai cabaran terutama maklumat tanpa sempadan yang sekali gus mempengaru­hi generasi muda ke arah gejala negatif.

“Justeru, dengan mempelbaga­i program di masjid dan surau, saya yakin ia bukan hanya membantu menangani masalah sosial dalam kalangan remaja tetapi pada masa sama mengimarah­kan lagi masjid dan surau di kawasan masingmasi­ng,” ujarnya.

Sementara itu, majlis menyaksika­n sembilan masjid dan 33 surau di kawasan DUN Tupong masingmasi­ng menerima sumbangan Kerajaan Sarawak sebanyak RM10,000 dan RM3,000 setiap jawatankua­sa untuk tujuan aktiviti serta baik pulih surau dan masjid terbabit.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

 ??  ?? ASFIA menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang wakil jawatankua­sa masjid dan surau dari kawasan DUN Tupong sambil disaksikan Fazzrudin pada majlis penyampaia­n sumbangan di Kuching.
ASFIA menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang wakil jawatankua­sa masjid dan surau dari kawasan DUN Tupong sambil disaksikan Fazzrudin pada majlis penyampaia­n sumbangan di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia