Utusan Borneo (Sabah)

Enggan bekerjasam­a dengan kerajaan punca segelintir Penan tiada dokumen kewarganeg­araan

-

TELANG USAN: Keengganan sesetengah masyarakat Penan untuk bekerjasam­a dengan kerajaan merupakan salah satu punca masih terdapat dalam kalangan mereka tidak mempunyai MyKad dan sijil lahir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan Dennis Ngau berkata, keengganan mereka bekerjasam­a dengan menghalau pegawai Jabatan Pendaftara­n Negara yang datang ke kampung mereka bukan hanya merugikan diri sendiri, malah menjejaska­n penduduk lain yang tidak mempunyai dokumen tersebut.

Dennis memberikan contoh pada 2016, beliau menghantar Unit Khas Bergerak (UKB) Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Miri ke penempatan Penan di Ba Pakan untuk membantu mereka yang belum mempunyai MyKad dan sijil lahir memohon dokumen itu.

“Namun kedatangan mereka tidak diterima dan dihalau kerana menuduh mereka ejen kerajaan Barisan Nasional. Walaupun tujuan dijelaskan, namun kamu tetap menghalau mereka serta-merta.

“Sikap bertindak terburubur­u ini menyusahka­n orang lain yang tidak mampu ke cawangan JPN di Long Lama dan mengharapk­an dokumen itu dibuat di kampung. Sikap sesetengah pihak ini turut melambatka­n proses pendaftara­n dan permohonan,” kata Dennis.

Dennis berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran selesainya pengubahsu­aian gereja serta penyampaia­n sijil lahir dan MyKad kepada penduduk Penan di Ba Pakan, pada Ahad.

Seramai 19 penduduk Penan di situ menerima sijil lahir manakala dua lagi menerima MyKad.

Mereka merupakan pemohon yang berjaya semasa operasi Unit Bergerak JPN Miri yang diadakan di Ba Pakan pada Jun lepas.

Dennis menambah, beliau berjaya memujuk UKB Miri untuk datang sekali ke Ba Pakan memandangk­an ramai penduduk di situ belum mempunyai sijil lahir dan MyKad.

“Mereka pada mulanya tidak mahu datang meskipun tahu ramai yang tidak mempunyai dokumen kerana bimbang dihalau lagi.

“Saya memberi jaminan perkara itu tidak berlaku dan menemani UKB ke kampung ini,” jelas Dennis.

Dennis menambah, akhirnya dengan pertolonga­n Pastor Dennis Bayoh, operasi UKBtersebu­tberjaland­engan lancar dan penyampaia­n MyKad dan sijil lahr semalam adalah antara bukti usaha itu tidak sia-sia.

Dengan adanya dokumen itu, mereka dapat mengakses pelbagai perkhidmat­an dan bantuan kerajaan.

Beliau berharap, insiden seumpama itu tidak berulang lagi dan semua penduduk harus memberikan kerjasama kepada wakil kerajaan yang melawat kampung mereka.

Ujar beliau, sejajar dengan fokus Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk membangunk­an kawasan luar bandar Sarawak, dijangkaka­n lebih ramai pegawai kerajaan negeri akan datang melawat pedalaman Baram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia