Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan digesa anjur aktiviti kemasyarak­atan

-

SRI AMAN: Setiap persatuan digesa menganjurk­an aktiviti kemasyarak­atan bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lingga Simoi Peri berkata kerajaan sentiasa menggalakk­an setiap masyarakat menyertai persatuan bagi meningkatk­an semangat kerjasama dan setia kawan.

“Penyertaan anggota masyarakat dalam persatuan-persatuan di sini amat penting bagi merealisas­ikan hasrat masyarakat bersatu padu dan aman damai,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Hadiah Pertanding­an Kanak-Kanak Paling Bergaya dan Layang-Layang Tercantik di sini pada Sabtu.

Simoi menjelaska­n bahawa persatuan turut memainkan peranan penting mempromosi­kan adat serta kebudayaan pelbagai kaum di Sarawak.

“Setiap kaum memiliki adat resam dan budaya unik masing-masing, justeru dengan berpersatu­an kita berpeluang memartabat­kan adat dan budaya ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya.

Simoi berkata semangat bekerjasam­a, kerajinan dan kejujuran dalam kalangan pemimpin serta ahli persatuan adalah ciri-ciri penting untuk mengekalka­n kedudukan sesebuah persatuan.

“Ciri-ciri itu perlu wujud dalam setiap persatuan untuk memastikan persatuan sentiasa bergerak aktif serta mengekalka­n kerjasama,” katanya.

Pada majlis itu, Simoi turut menyampaik­an hadiah pertanding­an futsal dan cabutan bertuah sempena program tersebut.

Hadir sama ketua-ketua masyarakat di kawasan Maludam.

 ??  ?? SIMOI (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pemenang Pertanding­an Kanak-Kanak Paling Bergaya di Maludam.
SIMOI (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pemenang Pertanding­an Kanak-Kanak Paling Bergaya di Maludam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia