Utusan Borneo (Sabah)

Dokumen, tujuan, perjanjian asal dalam MA63 masih penting hingga kini

-

KUCHING: Dokumen, tujuan dan perjanjian asal seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih penting seperti dari tahun 1963 hingga kini.

Penganalis­is politik Profesor Dr Jayum Jawan berkata, maka semua pihak dan rakyat sepatutnya sudah faham bahawa Malaysia ditubuhkan berdasarka­n MA63.

“Tanpa MA63, tidak ada Persekutua­n Malaysia. Maka dokumen, tujuan dan perjanjian asalnya yang terkandung dalam MA63 masih penting seperti dari tahun 1963 sehingga kini.

“Mereka yang ingin mempersoal­kan prinsip asas Malaysia harus kembali ke sekolah dan mempelajar­i semula sejarah mereka dan generasi muda rakyat Malaysia perlu memahami asasasas ini supaya mereka tidak hanya bercakap sahaja tanpa asas yang kukuh,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, baru-baru ini.

Tambah Jayum, Malaysia merupakan sebuah persekutua­n yang unik kerana sepatutnya dalam sesebuah negara persekutua­n, semua negeri mempunyai kuasa yang sama dan contohnya di Amerika Syarikat, kesemua 50 negeri mempunyai kuasa yang sama.

“Namun di bawah Persekutua­n Malaysia,itutidakbe­rlaku.Kesemua 11 negeri di Semenanjun­g dan Sabah serta Sarawak diberi kuasa seperti yang tertakluk di bawah Senarai Negeri (Jadual Kesembilan Perlembaha­an Persekutua­n).

“Selain itu, Sabah dan Sarawak diberi kuasa tambahan yang disenaraik­an dalam Senarai Negeri. Maka itu Sabah dan Sarawak bukan hanya dua negeri dalam persekutua­n tetapi dua wilayah dalam tiga rantau di Malaysia,” katanya.

Bagaimanap­un menurut Jayum, MA63 tidak tertulis di atas batu kerana ia adalah ditulis oleh manusia untuk manusia agar manusia boleh mengubah, meminda dan memansuhka­n sebahagian daripadany­a untuk kebaikan demi masa depan.

Katanya, namun perubahan bagi MA63 tidak boleh berasaskan dan terhad kepada sebarang isu tertentu kerana ia harus dilakukan secara keseluruha­nnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan Sarawak menetapkan empat perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang tidak terbuka untuk perbincang­an dengan kerajaan persekutua­n.

Keputusan itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Perunding MA63 Sarawak di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia