Utusan Borneo (Sabah)

Jualan istimewa MR DIY di Shopee pada 6-12 Jan

Pelanggan setia kini boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa di platform e-dagang popular itu

-

KUCHING: MR DIY telah melancarka­n strategi edagang serta kedai rasminya di Shopee, dengan sasaran jumlah pesanan atas talian yang semakin meningkat sehingga mencapai 22 kali ganda peningkata­n di platform e-dagang itu.

Sebagai sebahagian daripada pengembang­an perniagaan­nya, MR DIY memberikan ganjaran kepada para pelanggan atas sokongan mereka yang berterusan.

Menurut satu kenyataan semalam, MR DIY akan melakukan pengambila­lihan laman Shopee pada 10 Januari ini untuk memperluas­kan pengaruhny­a di seluruh platform yang mempunyai jumlah pangkalan pengguna seramai 16 juta orang.

MR DIY, menyediaka­n perkakasan berkualiti pada harga yang berpatutan, ingin memperluas­kan Ringgit Malaysia dengan menyatukan jualan istimewa untuk pelanggann­ya di Shopee.

Kempen tersebut, akan berlangsun­g dari 6 hingga 12 Januari, yang akan melayani semua dengan tawaran yang memeranjat­kan dan promosi-promosi yang sukar dilepaskan, khasnya tawaran RM1, tawaran kejutan harian, tawaran menarik, baucar-baucar dan juga hadiahhadi­ah.

Bermula dari 6 hingga 12 Januari, nikmatilah tawaran RM1 pada produk terpilih setiap hari dari yang merangkumi Pensel Warna Klasik Faber-Castell, tuala mandian MR DIY dan set gunting rambut, juga penyapu mop dan set semburan mandian bidet dari Itali yang berkualiti.

Dengan baucar RM200,000 yang akan diberikan, pelanggan akan menerima potongan RM5 apabila mereka membeli produk yang berharga RM35 dan ke atas; potongan RM10 dengan pembelian minimum RM55 serta potongan RM15 dengan perbelanja­an sebanyak RM79 dan ke atas.

Pada hari jualan Super MR DIY, para pelanggan boleh menikmati potongan tambahan seperti RM6, RM12 serta RM17 dengan pembelian minimum masing-masing RM35, RM55 serta RM70.

MR DIY menghargai pelanggan setia dengan memberikan 700 unit payung automatik kepada mereka yang telah membelanja­kan sekurang-kurangnya RM50 (jumlah adalah selepas diskaun).

Penebusan adalah berdasarka­n kepada prinsip ‘datang awal akan dilayani dahulu’, dengan jumlah kuantiti yang terhad yang akan diberikan setiap hari sepanjang tujuh hari tersebut.

Bagi sambutan Tahun Baharu Cina para pelanggan berpeluang untuk memenangi baucar tunai angpau sebanyak RM38 daripada MR DIY.

Caranya adalah mudah, hanya ‘ikut’ MR DIY kedai rasmi MR DIY di Shopee, rakam gambar halaman sebagai bukti telah mengikutin­ya, siarkannya di petak komen pada platform media sosial Shopee serta ‘tag’kan atau tandakan sebagai rakan.

Peraduan bermula dari 6 hingga 10 Januari dan pemenang akan diumumkan pada 12 Januari.

Seramai enam pemenang akan memenangi dua baucar RM38, satu untuk diri sendiri dan satu lagi untuk dikongsi dengan rakan yang telah ditandai.

Baucar-baucar tersebut hanya boleh digunakan di kedai rasmi MR DIY di Shopee.

“Kami telah melihat kejayaan yang dicapai dengan adanya kerjasama antara MR DIY dan Shopee, khasnya semasa kempen-kempen besar di platform e-dagang dan kami ingin terus menjangkau kesemua pengguna Shopee dan para pelanggan MR DIY menerusi penjualan Hari MR DIY Super kami.

“Kami juga mahu pelanggan menikmati harga terbaik untuk barangan yang mereka perlukan, terutamany­a waktu ini kerana perayaan Tahun Baharu Cina sudah semakin dekat dan mereka akan bersedia untuk pelbagai persiapan seperti membetulka­n, membersihk­an serta memelihara rumah mereka demi perhimpuna­n seisi keluarga.

“Selain daripada itu, oleh kerana mereka begitu sibuk membuat persediaan, kemudahan juga adalah penting dan cara yang lebih baik adalah membeli-belah secara dalam talian dan pesanan mereka akan dihantar ke rumah tanpa menjejaska­n masa dan kualiti,” kata Ketua Pemasaran MR DIY, Andy Chin dalam

ANDY (kiri) dan Pengarah Urusan Wilayah Shopee Ian Ho bergambar bersama.

kenyataann­ya semalam.

Jualan Hari MR DIY Super juga diadakan sempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina Shopee yang berlangsun­g dari sekarang hingga 6 Februari dengan hadiah-hadiah yang menarik, peraduan media sosial, tawaran hebat dan diskaun, kotak misteri, penghantar­an percuma, pembayaran balik harian, Shopee Shake, jualan kejutan, kuiz Shopee dan banyak lagi untuk dinikmati bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda.

Untuk lebih maklumat berkaitan Jualan Harian MR DIY Super, sila layari https:// shopee.com.my/m/mrdiysuper-brand-day

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia