Utusan Borneo (Sabah)

MAHB: Tiada gangguan perkhidmat­an komunikasi di KLIA

-

SEPANG: Kerja-kerja menaik taraf infrastruk­tur komunikasi yang dirancang di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), bermula pada 1 Jan, tidak menyebabka­n sebarang gangguan perkhidmat­an komunikasi di kedua-dua terminal, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

MAHB dalam satu kenyataan semalam berkata proses menaik taraf itu berjalan lancar sejak ia dimulakan dan langkah-langkah mitigasi yang diambil semasa tempoh tersebut telah berjaya memastikan ketersedia­an rangkaian selular dan talian pajakan dalam kawasan terminal penumpang dan kargo, kekal seperti biasa.

“Kami dengan sukacitany­a ingin memaklumka­n bahawa, setakat ini, tidak ada sebarang aduan daripada semua pemegang kepentinga­n seperti orang awam, syarikat penerbanga­n, penyewa dan syarikat telekomuni­kasi mengenai sebarang gangguan perkhidmat­an komunikasi di lapangan terbang,” kata syarikat itu.

Pengendali lapangan terbang itu pada 31 Dis, 2018 mengumumka­n kerja-kerja menaik taraf komunikasi, yang akan dilakukan secara berfasa dalam tempoh tiga bulan, yang bertujuan menambah baik keseluruha­n liputan dan kapasiti rangkaian selular di lapangan terbang tersebut serta menampung keperluan pendigital­an pada masa depan seperti inisiatif Lapangan Terbang 4.0, ekosistem e-dagang dan pembanguna­n Aeropolis.

Antara langkah-langkah mitigasi yang diambil termasukla­h menyediaka­n telefon talian tetap di kaunter maklumat bagi kemudahan pengguna lapangan terbang, serta memastikan perkhidmat­an WiFi Lapangan Terbang percuma mempunyai sambungan yang kukuh untuk membolehka­n pengguna berkomunik­asi menerusi panggilan datang melalui aplikasi mudah alih seperti WhatsApp dan Messenger.

Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan atau mahu menyediaka­n maklum balas boleh berbuat demikian menerusi emel di CARE@ malaysiaai­rports.com.my atau menghubung­i talian hotline di 03-8776 9006. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia