Utusan Borneo (Sabah)

Rizab Antarabang­sa BNM berjumlah AS$101.4 bilion pada 31 Disember 2018

-

KUALA LUMPUR: Rizab antarabang­sa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$101.4 bilion pada 31 Dis 2018, angka yang tidak berubah sejak dua minggu lepas.

Bank pusat dalam kenyataan semalam berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negeri jangka pendek.

“Paras rizab ini telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing,” menurut BNM.

Komponen utama rizab antarabang­sa terdiri daripada rizab mata wang asing berjumlah AS$95.7 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabang­sa (AS$900 juta), Hak Pengeluara­n Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.6 bilion) dan lain-lain aset rizab (AS$2.1 bilion).

Menurut BNM, aset terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizabrizab lain termasuk SDR yang berjumlah RM419.54 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.39 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM132.03 juta), pinjaman dan pendahulua­n (RM6.87 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion), dan aset lain (RM13.48 bilion).

Liabiliti pula meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM131.51 bilion), mata wang dalam edaran (RM106.41 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM169.13 bilion), deposit kerajaan persekutua­n (RM7.96 bilion), deposit-deposit lain (RM858.92 juta), kertas BNM (RM21.75 bilion), peruntukan SDR (RM7.74 bilion), dan liabilitil­iabiliti lain (RM2.14 bilion). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia