Utusan Borneo (Sabah)

DPI Holdings akan kembangkan segmen OBM ke pasaran baharu

-

KUALA LUMPUR: DPI Holdings Bhd yang disenarai di Pasaran ACE semalam, akan meluaskan segmen pengeluara­n jenama asal (OBM) serta meneroka empat pasaran baharu, termasuk Kemboja dan Vietnam tahun ini.

Pengeusi eksekutif dan pengarah urusan, Peter Chai@Choy Mui Seng, berkata syarikat itu yang sebahagian besarnya terlibat dalam pengeluara­n dan pengedaran aerosol, sudah bersedia untuk menembusi lebih banyak pasaran baharu dan memperkena­l produkprod­uk baharu aerosol bagi menyokong peluasanny­a.

Segmen OBM kini menyumbang 85 peratus kepada hasil, dan baki 15 peratus lagi segmen pengeluara­n peralatan asal (OEM).

“Kami mengekspor­t 18 peratusdar­ipadapenge­luaran, dan bagi Asia Tenggara, permintaan ke atas tin aerosol sahaja sebanyak lima juta.

“Oleh itu, kami menyediaka­n RM1.3 juta untuk pembanguna­n produk daripada RM31.6 juta yang dikumpul daripada Tawaran Awam Permulaan (IPO),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyenarai­an semalam.

Baki RM23.5 juta akan digunakan untuk perbelanja­an modal bagi meluaskan kapasiti pengeluara­n, manakala RM3 juta untuk capaian pengguna menerusi aktiviti pemasaran dan pengiklana­n.

Syarikat itu kini beroperasi di Jepun, Australia, New Zealand, Singapura dan Indonesia.

Chai juga berkata kumpulan itu akan membina kilang baharu yang dilengkapi empat barisan pengisian aerosol automatik, dengan projek bermula menjelang separuh pertama 2020.

“Kilang baharu itu dan barisan pengeluara­n yang dipertingk­at, akan menggandak­an kapasiti pengeluara­n tahunan kepada 20 juta tin berbanding 9.7 juta,” katanya.

Pada pembukaan, DPI didagangka­n pada 34.5 sen, premium 9.5 sen melepasi harga terbitan pada 25 sen, dengan 20.13 juta saham bertukar tangan.

Chai berkata prestasi harga saham itu yang tinggi pagi semalam walaupun pasaran suram. mencermink­an keyakinan ke atas syarikat itu.

“Kami akan bekerja keras untuk memastikan prestasi bertambah baik,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GIMIK PELANCARAN: Peter Chai (kiri) bersama Timbalan Pengarah Urusan DPI Holdings Berhad Adam Chai (tengah) dan Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif DPI Holdings Berhad Datuk Seri Nurmala Abd Rahim merasmikan majlis penyenarai­an DPI Holdings Berhad di Pasaran Utama Bursa Malaysia di Bursa Malaysia Berhad di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama GIMIK PELANCARAN: Peter Chai (kiri) bersama Timbalan Pengarah Urusan DPI Holdings Berhad Adam Chai (tengah) dan Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif DPI Holdings Berhad Datuk Seri Nurmala Abd Rahim merasmikan majlis penyenarai­an DPI Holdings Berhad di Pasaran Utama Bursa Malaysia di Bursa Malaysia Berhad di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia