Utusan Borneo (Sabah)

Dana asing jual 54.4 juta bersih ekuiti tempatan minggu lepas

-

KUALA LUMPUR: Dana asing menjual RM54.4 juta bersih ekuiti tempatan minggu lepas berbanding RM127.6 juta pada minggu sebelumnya, meneruskan jualan asing berterusan bagi minggu kesembilan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research).

Penganalis­is MIDF Research, Adam M. Rahim, berkata jualan asing yang kurang daripada separuh daripada jumlah yang dilupuskan sebelumnya, menunjukka­n momentum aliran keluar bersih asing dari bursa tempatan semakin berkuranga­n minggu lepas.

Bagi tiga hari pertama dagangan 2019, beliau berkata dana asing mengeluark­an RM18.3 juta atau AS$4.5 juta (AS$1=RM4.12) ekuiti dari Bursa Malaysia.

“Penjualan itu jauh lebih rendah berbanding aliran keluar dari Thailand sebanyak AS$130.4 juta, manakala Indonesia dan Filipina menyaksika­n aliran masuk bersih masing-masing sebanyak AS$54.9 juta dan AS$23.1 juta,” katanya dalam laporan aliran dana mingguan MIDF Research semalam.

Adam berkata sehari sebelum Tahun Baharu, pelabur antarabang­sa menjual RM36.1 juta bersih di Bursa Malaysia, susulan penurunan aktiviti kilang China buat kali pertama sejak 2016.

“Bursa tempatan tidak berubah, dengan ditutup 0.1 peratus lebih rendah kepada 1,691 mata pada Isnin, 31 Disember.

“Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) juga meningkat 56 mata sejak ia mencecah tahap terendah pada 2018, dengan 1,635 mata pada 18 Dis, 2018,” katanya.

Adam berkata Bursa Malaysia memulakan 2019 dengan nota suram susulan dana asing menjual RM55.4 juta pada dagangan hari pertama, Rabu, menjadikan jualan bersih asing selama 12 hari, tempoh paling lama sejak jualan selama 37 hari dari awal Mei hingga akhir Jun 2018.

“Walaupun Apple menurunkan anggaran hasilnya, pelabur asing tidak mengendahk­an berita itu dan mengambil peluang untuk membeli bersih RM64.6 juta pada Khamis, aliran masuk harian terbesar dalam tempoh lebih dua minggu,” katanya.

Namun, beliau berkata dana asing kembali kepada mod jualan pada Jumaat, walaupun pada kadar sederhana, sebanyak RM27.5 juta bersih.

“Keyakinan yang tercetus daripada peningkata­n sektor perkhidmat­an China, kembali suram susulan data perkilanga­n US yang mengecewak­an apabila indeks pengilanga­n Institut Pengurusan Bekalan (ISM) turun kepada 54.1 bulan lepas, paras terendah sejak November 2016,” katanya.

Adam berkata kadar penyertaan dalam kalangan pelbagai kumpulan pelabur menyaksika­n peningkata­n secara menyeluruh pada minggu yang berakhir pada 4 Januari, 2019.

“Nilai dagangan purata harian bagi pelabur asing mencatatka­n peningkata­n mingguan terbesar sebanyak 36 peratus, namun masih di bawah paras sihat RM1 bilion,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia