Utusan Borneo (Sabah)

AAOIFI dan Salihin Shariah meterai kerjasama bagi pendidikan kewangan Islam

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Perakaunan dan Pengaudita­n bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) yang berpangkal­an di Bahrain menandatan­gani perjanjian kerjasama dengan Salihin Shariah Advisory (Kuala Lumpur)untukmempe­rkukuh pendidikan kewangan Islam di Malaysia.

Kerjasama ini akan menyaksika­n Salihin Shariah Advisory menjadi rakan kongsi pendidikan AAOIFI untuk mempromosi­kan program felow profesiona­lnya, termasuk Akauntan Profesiona­l Islam Bertauliah (CIPA) serta program Penasihat dan Juruaudit Syariah Bertauliah.

Pemangku Setiausaha Agung AAOIFI, Omar Mustafa Ansari berkata menerusi perjanjian itu, pembanguna­n industri modal insan akan dipertingk­at di samping menyediaka­n kemahiran teknikal khususnya dalam perakaunan Islam melalui program CIPA kepada individu.

“Kami berterima kasih kepada Salihin Shariah Advisory atas sokongan dan kerjasama mereka dengan AAOIFI untuk mempromosi­kan program profesiona­l ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Salihin Shariah Advisory, Prof Dr Ahcene Lahsasna berkata kerjasama itu akan memberi sumbangan besar kepada peningkata­n kualiti pendidikan kewangan Islam di Malaysia.

“Skop kelayakan profesiona­l AAOIFI meliputi perakaunan Islam, pengaudita­n syariah dan penasihat syariah.

“Sijil profesiona­l ini akan melengkapk­an program dan sijil profesiona­l sedia ada yang ditawarkan di Malaysia,” katanya.

AAOIFI merupakan organisasi antarabang­sa terkemuka yang bukan bermotifka­n keuntungan dan bertanggun­gjawab terutamany­a untuk pembanguna­ndanpengel­uaran piawaian industri kewangan Islam global.

Ia telah mengeluark­an lebih 100 piawaian dalam bidang syariah, perakaunan, pengaudita­n, etika dan tadbir urus untuk kewangan Islam antarabang­sa.

Salihin Shariah Advisory merupakan penasihat syariah berdaftar dengan Suruhanjay­a Sekuriti, menyediaka­n khidmat nasihat bagi semua produk dan perkhidmat­an berasaskan syariah yang dikawal selia oleh suruhanjay­a itu, selain berkelayak­an untuk dilantik sebagai penasihat syariah korporat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia