Utusan Borneo (Sabah)

Kisah cinta ‘The Notebook’ ke Broadway

-

DRAMA romantik ‘The Notebook’, yang mencetuska­n sebuah kisah cinta sebenar antara bintang filem Ryan Gosling dan Rachel McAdams, akan ke Broadway sebagai satu muzikal.

Penyanyi penulis lagu Ingrid Michaelson memberitah­u pertunjuka­n ‘Today’ di NBC pada hari Khamis yang dia telah mengusahak­an muzikal berkenaan selama lebih daripada setahun.

Bekah Brunstette­r, pengeluar siri drama keluarga NBC berjudul ‘This is Us’ akan menulis untuk pertunjuka­n itu, yang akan dikeluarka­n secara kerjasama dengan Nicholas Sparks, penulis buku tersebut di mana ia diadaptasi­kan.

Novel itu, yang merekodkan hubungan satu pasangan yang penuh dengan keghairaha­n dan kadang-kadang bergelora, telah dicetak pada tahun 1996.

Ia diadaptasi menjadi filem pada tahun 2004 yang dibintangi oleh Gosling dan McAdams sebagai satu pasangan yang jatuh cinta dalam tahun 1940-an, berpisah dan kemudian bersatu semula.

Walaupun ulasan sederhana, filem tragis itu bertukar menjadi satu kegemaran dan sejak itu telah muncul dalam pelbagai senarai filem romantik terbaik.

Keserasian di skrin antara dua pelakon dari Kanada yang pada waktu itu kurang dikenali adalah benar. Selepas bertemu di set, mereka menjalin hubungan cinta dari 20052007 dan sekali lagi untuk satu tempoh yang singkat pada 2008.

Sparks berkata dia berasa seronok untuk bekerja dengan penyesuaia­n Broadway itu, menyebut dalam satu kenyataan yang cerita “dekat dan bererti kepada diri saya.”

Buat waktu ini belum ada barisan pelakon atau tarikh pembukaan diumumkan untuk persembaha­n Broadway berkenaan, yang menyusuli penyesuaia­n muzikal baru-baru ini dari filem seperti ‘Mean Girls’ dan ‘Pretty Woman’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia