Utusan Borneo (Sabah)

BTS artis paling banyak distrim di Spotify pada tahun 2018

-

SPOTIFY iaitu salah satu perkhidmat­an striming muzik utama dunia barubaru ini telah mengeluark­an senarai muzik serta audio yang telah mendominas­i cartanya sepanjang 2018.

Di Malaysia, artis yang paling banyak distrim pada tahun 2018 termasukla­h BTS, Khalid, Ed Sheeran, Jay Chou, dan Ariana Grande manakala penyanyi Drake sebagai Artis Paling Banyak Distrim pada tahun 2018 di peringkat global.

Dengan 8.2 bilion strim pada 2018 sahaja, penyanyi rap yang berasal dari Kanada itu turut dinobatkan Artis Paling Banyak Distrim Sepanjang Masa oleh Spotify.

Selain daripada Drake yang mendahului carta 5 Artis Paling Banyak Distrim di Dunia; Post Malone, XXXTENTACI­ON, J Balvin dan Ed Sheeran (Sheeran pernah dinobatkan sebagai Artis Paling Banyak Distrim 2017) juga turut tersenarai.

Ariana Grande yang mempunyai jumlah pendengar bulanan seramai lebih 48 juta orang telah mengangkat beliau sebagai Artis Wanita Paling Banyak Distrim.

Manakala artis wanita lain seperti Dua Lipa, Cardi B, Taylor Swift dan Camila Cabello mengikuti jejak beliau dan turut tersenarai sebagai antara 5 Artis Wanita Paling Banyak Distrim di serata dunia.

Hip-hop terus mendominas­i carta Spotify pada tahun 2018, namun kebangkita­n era muzik Latin pada tahun lalu telah menyaksika­n peningkata­n jumlah pendengar untuk genre tersebut.

Selain daripada itu, EMO Rap dan Lo-Fi Beats merupakan antara dua genre yang mencatatka­n perkembang­an terbesar pada 2018.

Berikut adalah Carta Tertinggi Malaysia 2018 oleh Spotify:

Artis Tempatan Paling Banyak Distrim

1. Dato Siti Nurhaliza

2. Sufian Suhaimi

3. Haqiem Rusli

4. Faizal Tahir

5. Ismail Izzani

Artis Paling Banyak Distrim (Keseluruha­n)

1. BTS

2. Khalid

3. Ed Sheeran

4. Jay Chou

5. Ariana Grande

Artis Wanita Paling Banyak Distrim

1. Ariana Grande

2. Camila Cabello

3. Taylor Swift

4. Dua Lipa

5. Selena Gomez

Artis Lelaki Paling Banyak Distrim

1. Khalid

2. Ed Sheeran

3. Jay Chou

4. Drake

5. Post Malone

Kumpulan Paling Banyak Distrim

1. BTS

2. Maroon 5

3. BLACKPINK

4. Coldplay

5. Imagine Dragons

Lagu Yang Paling Banyak Distrim

1. You Are The Reason – Calum Scott

2. Girls Like You (feat. Cardi B) – Maroon 5

3. FRIENDS – AnneMarie, Marshmello

4. The Middle – Grey, Zedd, Maren Morris

5. Havana – Camila Cabello

Album Paling Banyak Distrim

1. Love Yourself ? ‘Answer’ – BTS

2. Dua Lipa – Dua Lipa

3. I met you when I was

18. (the playlist) – Lauv

4. ÷ – Ed Sheeran

5. beerbongs & bentleys – Post Malone

Senarai Playlist dengan Jumlah Pengikut Paling Banyak

1. Today’s Top Hits

2. Top Hits Malaysia

3. It’s a Hit!

4. Carta Malaysia 50

5. Rock Jiwang

 ??  ??
 ??  ?? BTS: Artis Paling Banyak Distrim di Spotify Sepanjang Tahun 2018 di Malaysia.
BTS: Artis Paling Banyak Distrim di Spotify Sepanjang Tahun 2018 di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia