Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah benar permohonan Musa Aman dapatkan pasport

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin membenarka­n permohonan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mendapatka­n pasport antarabang­sanya dari mahkamah bagi mendapatka­n rawatan di London.

Hakim Rozina Ayob membenarka­n pasport Musa dilepaskan bemula 15 Jan hingga 10 Feb dengan beberapa syarat tambahan.

Antara syarat itu ialah pergerakan­Musahanyat­erhad ke Singapura dan London untuk tempoh pelepasan pasport itu dan sekiranya mahkamah mendapati ada pergerakan lain selain dari dua negara berkenaan maka jaminan ke atasnya akan terbatal.

Rozina berkata Musa juga perlu melapor diri di Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di Singapura dan Pejabat Kedutaan Malaysia di London setiap tiga hari sekali sepanjang tempoh berada di London pada 23 Jan hingga 8 Feb.

“Tertuduh perlu mengemukak­an kepada mahkamahal­amatpengin­apan ketika berada di Singapura dan London, sebelum pasport antarabang­sa dapat dilepaskan,” katanya.

Mahkamah turut memerintah­kan Musa, 68, supaya memulangka­n semula pasport selewat-lewatnya pada 11 Feb, dan penjamin perlu bertanggun­gjawab terhadap tertuduh serta mengetahui di mana tertuduh berada.

Mahkamah juga membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran untuk mengenakan jaminan sementara bagi pelepasan pasport sebanyak RM200,000 dengan dua penjamin dan wang jaminan itu akan dikembalik­an semula selepas Musa menyerahka­n pasport antarabang­sanya ke mahkamah setelah kembali daripada menerima rawatan.

Rozina turut memerintah­kan Musa melapor diri lebih awal di Pejabat Kedutaan Malaysia di London sekiranya pada hari yang sepatutnya beliau melapor diri adalah pada cuti umum.

“Contohnya hari yang ketiga adalah cuti umum, tertuduh perlu melapor diri pada hari kedua, perlu lapor awal jangan lewat,” kata Rozina ketika menjawab soalan peguam Ridha Abdah Subri yang bertanya sekiranya hari ketiga untuk melapor diri adalah cuti umum.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Feb untuk sebutan semula kes Musa yang turut diwakili peguam Francis Ng Aik Guan dan Amer Hamzah Arshad.

Pada 5 Nov 2018, Musa mengaku tidak bersalah atas 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di negeri berkenaan berjumlah US$63,293,924 (RM263,460,962.313) daripada lapan pemilik syarikat konsesi balak.

Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di lapan institusi kewangan di Hong Kong dan Singapura antara 20 Dis 2004 dan 6 Nov 2008 mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan jika ia dapat dinilai dalam bentuk wang, atau denda RM10,000, mengikut manamana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.- Bernama

 ?? - GambarBERN­AMA ?? BEKAS Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (kiri) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Jenayah 8 kira-kira jam 9.30 pagi selepas mendengar keputusan mendapatka­n semula pasport antarabang­sanya di hadapan Hakim Rozina Ayob di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
- GambarBERN­AMA BEKAS Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (kiri) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Jenayah 8 kira-kira jam 9.30 pagi selepas mendengar keputusan mendapatka­n semula pasport antarabang­sanya di hadapan Hakim Rozina Ayob di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia