Utusan Borneo (Sabah)

Hasil mangga harumanis lebih lumayan berbanding padi

-

KANGAR: Pesawah sekitar Sungai Batu Pahat Perlis kini gigih menjana pendapatan sampingan daripada mangga harumanis selain mengharapk­an hasil daripada tanaman padi.

Seorang pesawah, Mohd Zunkofli Yahya 46, berkata kalau mengharapk­an pendapatan hasil sawah padi sahaja tidak mencukupi untuk menyara keluarga termasuk lima anaknya yang masih bersekolah.

Sejak enam tahun lalu, beliau menanam 20 batang pokok harumanis di belakang rumahnya dan telah dua tahun menerima hasil jualan buah itu dengan mencapai pulangan kira-kira RM10,000 semusim setiap tahun.

“Satu hekar tanah saya usahakan sawah padi hanya dapat RM600, sedangkan setengah hektar tanah saya boleh tanam 30 batang pokok harumanis dengan pendapatan hasil RM500 sepokok,” katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata Harumanis mudah dijaga daripada serangan serangga perosak dan bebas penyakit berbanding penjagaan sawah padi, dan apa yang lebih menjimatka­n ialah beliau hanya menggunaka­n bekalan racun sawah padi yang dibekalkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk penjagaan pokok harumanisn­ya.

Zunkofli yang juga seorang usahawan kafe di bandar ini sejak 15 tahun lalu, menjadikan kafe miliknya itu sebagai tempat untuk memasarkan hasil tanaman harumanis.

Beliau mampu meraih jualan sebanyak 40 kilogram sehari dalam bentuk sajian jus dan pulut manga di kafenya itu.

“Sekilo buah boleh menghasilk­an tiga gelas jus yang dijual dengan harga RM6 segelas dan 3 pinggan pulut harumanis dengan harga RM8 sepinggan…jualan itu mencecah hampir RM2,000 sehari dan dua kali ganda besar daripada pendapatan hasil sawah padi dua kali setahun,” katanya.

Seorang lagi pengusaha sawah yang giat menjalanka­n tanaman harumanis, Mat Ros Saad, 59, berkata hasil jualan harumanis lebih menguntung­kan dengan harga untuk sekilo buah itu ialah sekitar RM20 dan tidak perlu melalui orang tangah .

Beliau berkata kira-kira 80 peratus daripada pesawah di Sungai Batu Pahat yang mengusahak­an kira-kira 100 hektar padi turut mengusahak­an harumanis sejak tujuh tahun lepas.

Mat Ros yang menanam kira-kira 50 batang pokok harumanis di ladangnya, berkata 30 orang pengusaha harumanis telah mendaftar sebagai anggota kelompok di Sungai Batu Pahat bagi memudahkan mereka memasarkan buah ikon Perlis itu. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia