Utusan Borneo (Sabah)

Fokus untuk bangunkan ummah

Penubuhan Lembaga Pengurusan Wakaf Negeri Sabah mulai 1 Jan 2019

-

KOTA KINABALU: Lembaga Pengurusan Wakaf Negeri Sabah yang ditubuhkan berkuatkua­sa 1 Januari 2019 oleh Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) mampu membangunk­an ummah di negeri ini.

Pengerusi Pusat Pengajian Darul Hasanah Azihal Bangsawan berkata, wakaf merupakan cara yang dapat membangunk­an ummah di negara ini.

“Dana daripada wakaf ini merupakan cara yang dapat membantu untuk membangunk­an ummah dan sememangny­a kita menantikan penubuhan Lembaga Pengurusan Wakaf Sabah yang secara tidak langsung dapat membantu pusat pengajian kami.

“Kami kira ini satu sambutan dan satu saat yang dinantikan di mana semua orang bercerita tentang wakaf akhirnya kita akan lihat sama umat Islam atau bukan Islam akan terbangun oleh instrumen wakaf ini.

“Tun Juhar turut memberi galakan dan motivasi kepada kami untuk membangun dan memperkasa­kan umat Islam di negeri ini selain berharap dapat menjalinka­n kerjasama dengan lebih erat pada masa akan datang,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pagi Isnin.

Azihal berkata, kunjungan itu bertujuan memaklumka­n kepada Juhar tentang penubuhan pusat pengajian berkenaan sejak empat tahun dahulu dan telah dirasmikan oleh Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar pada 6 Januari lepas.

“Darul Hasanah merupakan sebuah institusi wakaf sekolah menengah integrasi yang menggabung­kan disiplin ilmu agama, tahfiz alQuran dan akademik dalam membantu serta membela nasib asnaf dan anak-anak yatim piatu di negeri ini.

“Pembinaan sekolah dan rumah ini merupakan wakaf daripada salah seorang guru di pusat pengajian ini iaitu, Rosman Idris, yang telah diubah suai dengan kapasiti 42 pelajar sepenuh masa, lebih 100 kanak-kanak dan 50 pelajar dewasa, dan tiada sebarang pembayaraa­n yuran dikenakan kepada semua pelajar,” katanya.

Dana daripada wakaf ini merupakan cara yang dapat membantu untuk membangunk­an ummah dan sememangny­a kita menantikan penubuhan Lembaga Pengurusan Wakaf Sabah yang secara tidak langsung dapat membantu pusat pengajian kami.” AZIHAL BANGSAWAN Pengerusi Pusat Pengajian Darul Hasanah

 ??  ?? AZIHAL (kiri) memberi penerangan kepada Juhar (kanan) mengenai Pusat Pengajian Darul Hasanah.
AZIHAL (kiri) memberi penerangan kepada Juhar (kanan) mengenai Pusat Pengajian Darul Hasanah.
 ??  ?? AZIHAL (empat dari kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhar (lima dari kanan).
AZIHAL (empat dari kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhar (lima dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia