Utusan Borneo (Sabah)

Hafez diharap berada di kawasan, beri khidmat kepada rakyat

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Setelah akhirnya mengangkat sebagai Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa diharap akan berada di kawasannya untuk memberi khidmat kepada rakyat.

Setiauasah­a Politik Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Pritchard Gumbaris berkata ia sungguh mengkagumk­an apa yang dilakukan Hafez, yang hilang selepas memenangi kerusi P178 pada PRU14.

Katanya ia adalah satu perbuatan tidak bertanggun­gjawab sebagai wakil rakyat yang dipilih.

Beliau berkata, Hafez hilang selama lapan bulan tanpa apaapa sebab dan telah mengabaika­n tanggungja­wabnya.

“Saya mahu mengingatk­an bahawa tugas beliau adalah untuk menjaga kawasannya. Rakyat dan kawasannya memerlukan perhatiann­ya, ini bukan permainan golf di mana anda boleh hilang seperti yang anda suka.

“Parlimen lain sudah lama melaksanak­an tanggngjaw­ab kepada rakyat... lapan bulan sudah lama dan ada banyak perkara yang boleh dilakukann­ya. Di Penampang, kami telah mencapai lebih daripada lima bulan dan ini tidak termasuk kegiatan amal serta kebajikan.

“Saya harap dia tidak hilang lagi selepas mengangkat sumpah. Malah, saya berpendapa­t dia harus meletak jawatan dan membenarka­n pilihan raya semula untuk kawasannya, untuk rakyat mengundi wakil rakyat yang lebih bertanggun­gjawab,” katanya.

Hafez memenangi kerusi P178 Sipitang selepas mengalahka­n calon Warisan dengan majoriti 850 undi pada PRU14 lepas.

 ??  ?? PRITCHARD
PRITCHARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia