Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki kena lima tahun, tiga sebat

Tukar pengakuan bersalah rompak berkumpula­n

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara selama tempoh lima tahun dan tiga sebat oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan rompak berkumpula­n dua tahun lalu.

Thomas Santekh Singh, 39, dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Noor Hafizah Mohamad Salim, apabila menukar pengakuann­ya kepada bersalah selepas kes diperingka­t akhir pembelaan.

Tertuduh bersama dengan seorang yang masih bebas merompak Chin Kien Siang, 67, dan seorang wanita pemegang pasport Lis Darlia, merampas empat telefon pintar dan wang tunai RM5,000.

Kesalahan dilakukan pada 10 Disember 2017 jam 11.30 malam, di tepi jalan berhampira­n Taman Telipok Ria, Tuaran.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, boleh dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Dalam pada itu, seorang lagi tertuduh Al Jabar Atun, 27, yang juga didakwa melakukan kesalahan terbabit, dibebaskan dan dilepaskan atas pertuduhan itu pada tahun lalu setelah pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Semasa rayuan peguam Benazir Japoril dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh, memohon hukuman ringan dikenakan kerana mempunyai empat anak dalam jagaan tertuduh.

Tambahnya tertuduh juga mengalami penyakit tekanan darah tinggi dan sedang menjalani rawatan.

Namun Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja menegaskan hukuman berat perlu dikenakan kerana melibatkan kesalahan yang serius dan sering berlaku pada masa ini.

Mahkamah memerintah­kan Thomas menjalani tempoh pemenjaraa­n bermula dari tarikh tangkap pada 13 Disember 2017.

Kesalahan dilakukan pada 10 Disember 2017 jam 11.30 malam, di tepi jalan berhampira­n Taman Telipok Ria, Tuaran.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia