Utusan Borneo (Sabah)

MBJB sasar kutipan hasil RM429.52 juta tahun ini

-

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyasarka­n kutipan hasil sebanyak RM429.52 juta, tahun ini.

Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Amran A Rahman berkata jumlah kutipan hasil terdiri daripada hasil cukai sebanyak RM272.45 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM121.92 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM35.14 juta.

“Bagi perbelanja­an, MBJB menganggar­kan sebanyak 99.8 peratus daripada jumlah hasil iaitu berjumlah RM428.79 juta.

“Jumlah perbelanja­an terdiri daripada perbelanja­an pembanguna­n sebanyak RM172.1 juta, perkhidmat­an dan bekalan (RM170.95 juta), pembayaran emolumen (RM70.48 juta), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM8.16 juta), perbelanja­an harta dan modal (RM2.78 juta) dan lainlain perbelanja­an (4.29 juta),” katanya semasa berucap pada Mesyuarat Penuh MBJB, di sini pada Isnin.

Amran berkata, perbelanja­an pembanguna­n MBJB tahun ini pula membabitka­n pembanguna­n tempat kemudahan perniagaan sebanyak RM3 juta dan pembanguna­n pejabat, bangunan atau tanah sebanyak RM32.1 juta.

“Perbelanja­an pembanguna­n turut melibatkan pembanguna­n kemudahan pengairan, kawalan banjir dan pembentung­an sebanyak RM4.5 juta, pembanguna­n tempat kemudahan awam sebanyak RM75.9 juta serta pembanguna­n perkhidmat­an RM3.25 juta,” katanya.

Beliau berkata selaras dengan langkah berjimat cermat kerajaan, MBJB akan sentiasa memastikan peruntukan akan digunakan dengan efisien dan bijaksana serta memfokuska­n kepada projek-projek dan programpro­gram yang memberi kesan positif untuk warga bandar raya Johor Bahru. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia