Utusan Borneo (Sabah)

Tolak anasir luar rosak keharmonia­n hidup rakyat Sabah

- Oleh HENRY BATING

MATUNGGONG: Penduduk Sabah berbilang kaum dan agama perlu memertahan­kan semangat persaudara­an, saling menghormat­i dan bekerjasam­a di antara satu sama lain tanpa memberi ruang kepada anasir luar yang cuba merosakkan keharmonia­n hidup yang sudah diamalkan di negeri ini sejak zaman berzaman.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Marudu Sazalye Donol Abdullah berkata cubaan anasir dari luar yang membantah penganjura­n majlis Hari Natal dan tahun baharu di Tawau awal tahun ini hendaklah ditolak dan sama sekali jangan memberikan ruang sedikitpun kepada golongan berkenaan.

“Pihak yang membuat bantahan itu tidak mempunyai tempat dalam kehidupan masyarakat Sabah kerana orang berkenaan merupakan ahli kepada parti yang berselindu­ng di sebalik nama agama untuk kepentinga­n sendiri,” katanya.

Sazalye, pengamal undangunda­ng syarie yang juga mantan calon PKR DUN Matunggong pada PRU14, berkata demikian ketika merasmikan sambutan Natal dan tahun baharu anjuran parti itu di sini pada Ahad.

Menurut beliau, tiada kesalahan bagi mana-mana pihak termasuk badan bukan kerajaan, gereja dan kerajaan untuk menganjurk­an sambutan Natal kerana majlis seumpama ini sudah diamalkan di Sabah sejak sebelum kemerdekaa­n.

Beliau menyifatka­n tindakan orang berkaitan sebagai tidak memahami hakikat kehidupan masyarakat Sabah dan sekadar mengambil ruang meraih simpati dengan memburuk-burukkan seseorang dalam kerajaan yang ada pada hari ini.

Majlis yang dipengerus­ikan Rosnah Sungkiat dari pergerakan Wanita PKR itu dihadiri lebih 500 orang dari pelbagai latar keturunan dan agama.

Terdahulu, Pendeta Majunting Bongkol memulakan majlis dengan renungan pendek disusuli doa kesyukuran.

Hadir sama, Penasihat Wanita PKR Matunggong Siti Norsatin Abdul Rahman, Ketua Wanita PKR Tuaran Krisnadiah Sinam dan Ketua Wanita PKR Penampang Ying Marlan yang juga mewakili Ketua Cabang Kenny Chua.

Pelbagai pengisian majlis diadakan termasuk tarian mongigol sumundai Rungus pimpinan Maringgan dari Sampir dan Tigaman Darat, koir Krismas, nyanyian karaoke dan cabutan tiket bertuah.

 ??  ?? NORSATIN (kanan) menyampaik­an bungkusan kepada 10 penerima bertuah.
NORSATIN (kanan) menyampaik­an bungkusan kepada 10 penerima bertuah.
 ??  ?? MONGIGOL sumundai persembaha­n urusetia penganjur.
MONGIGOL sumundai persembaha­n urusetia penganjur.
 ??  ?? KOIR dalam kalangan hadirin.
KOIR dalam kalangan hadirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia