Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Korea Utara dipercayai berusia 35 tahun minggu ini

-

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dipercayai berusia 35 tahun minggu ini, namun tidak seperti ulang tahun kelahiran bapa dan datuknya, yang dianggap sebagai cuti paling penting di negara itu, tiada sambutan rasmi dijangka diadakan untuk pemimpin muda tersebut, lapor agensi berita Yonhap.

Kim dipercayai telah dilahirkan pada 8 Januari 1984, meskipun kerajaan Korea Utara tidak pernah mengesah-kan tarikh itu secara rasmi.

Pada malam menjelang ulang tahun kelahirann­ya, media rasmi Korea Utara termasuk Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), sekadar mendiamkan diri berhubung perkara itu.

Kalender 2019 Korea Utara telah menandakan tarikh itu sebagai hari be-kerja biasa, berbeza dengan sambutan ulang tahun kelahiran mendiang datuk dan bapa Kim, Kim Il Sung dan Kim Jong Il, yang dijadikan cuti umum.

Korea Utara tidak pernah meraikan ulang tahun kelahiran pemimpin itu secara umum sejak beliau mengambil alih jawatan pada akhir 2011, dan pihak media negara tersebut juga jarang menyebut mengenainy­a.

Ulang tahun kelahiran penyandang jawatan pemimpin Korea Utara ketika ini disambut secara diam-diam mungkin disebabkan oleh usianya yang masih muda.

Bapa Kim, mendiang Kim Jong Il, telah menjadikan tarikh ulang tahun kelahirann­ya sebagai cuti umum pada 1982 ketika beliau berusia 40 tahun, iaitu dua tahun selepas dilantik menggantik­an bapanya yang juga pengasas negara itu, Kim Il Sung.

Dalam direktori kerajaan Seoul berkaitan tokoh utama Korea Utara, tarikh 8 Januari 1984 telah dinyatakan sebagai ulang tahun kelahiran Kim, namun ia juga menyebut terdapat spekulasi bahawa beliau mungkin dilahirkan pada 1982 atau 1983. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia