Utusan Borneo (Sabah)

Lagi gempa gegar Indonesia, sekuat 6.6 magnitud namun tiada amaran tsunami

Dilaporkan sekuat 6.6 magnitud, tiada amaran tsunami dikeluarka­n

-

JAKARTA: Gempa bumi sekuat 6.6 magnitud telah berlaku di luar pantai Indonesia pada awal Isnin, mendorong penduduk bergegas keluar dari rumah mereka, namun tiada amaran tsunami dikeluarka­n.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 60 kilometer di bawah Laut Molucca, kirakira 175 kilometer di utara barat laut di bandar Ternate, menurut USGS.

Tidak ada laporan lanjut mengenai kerosakan atau kematian serta agensi geofizik di Indonesia tidak mengeluark­an amaran tsunami.

“Kami merasakan gempa itu dan beberapa orang telah berlari keluar dari rumah mereka namun tiada keadaan panik sebenar. Tidak ada kerosakan di kawasan saya,” kata seorang lelaki dari Ternate bernama Budi, yang seperti ramai rakyat Indonesia lain dikenali dengan satu nama sahaja.

Bani Nasution, yang berada di bandar Manado ketika gempa bumi itu berlaku, memberitah­u AFP: “Saya berlari keluar dari rumah saya dan begitu juga dengan penduduk lain di sini, namun kami semua telah pulang semula ke rumah kami sekarang.”

Satu siri gegaran susulan turut melanda kawasan itu.

Indonesia masih lagi menanggung kesan tsunami pada hujung Disember berpunca daripada letusan sebuah gunung berapi di tengah Selat Sunda di antara Jawa dan kepulauan Sumatera yang mengorbank­an lebih 400 nyawa.

Kepulauan Asia Tenggara yang luas itu merupakan salah sebuah negara yang sering dilanda bencana di Bumi disebabkan oleh kedudukann­ya yang terletak di kawasan dikenali sebagai Lingkaran Api Pasifik, di mana plat tektonik bertembung.

Tsunami merupakan bencana alam ketiga utama di Indonesia dalam tempoh enam bulan, berikutan satu siri gempa bumi yang sangat kuat di pulau Lombok pada Julai dan Ogos serta kejadian gempa bumi-tsunami pada September yang membunuh kira-kira 2,200 orang di Palu di Sulawesi, dengan ribuan lagi hilang dan dianggap sudah mati. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia