Utusan Borneo (Sabah)

Rapatkan ukhuwah guru, ibu bapa

Program Hari Keluarga PIBG SK Bandar Tawau

-

ERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tawau telah mengadakan program Hari Keluarga bagi menjalin dan memupuk hubungan kekeluarga­an antara warga sekolah dan para ibu bapa.

Program yang diadakan di hadapan kawasan terbuka sekolah itu bertujuan mengutip dana untuk didermakan kepada surau SK Bandar Tawau.

Sambutan amat menggalakk­an daripada para ibu bapa dan guru kerana melalui senarai pendaftara­n peserta, seramai 150 wakil ibu bapa dan guru telah menyertai sukaneka.

Hari Keluarga PIBG itu dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan acara senamrobik diketuai oleh Cikgu Mohd Yuzaideen Yahya. Acara dipertandi­ngkan mengikut kategori pelajar lelaki dan perempuan serta kategori ibu bapa dan guru.

Dart pelajar dan terbuka (dewasa) serta giant bubble dan lari sambil kepit buah kelapa adalah antara acara yang paling mencuit hati.

Wakil guru Haerana Abd Aziz yang juga selaku pengurus bahagian Mobile Food Kiosk berkata program itu sangat baik dan diharap dapat diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik agar lebih ramai penglibata­n para ibu bapa dalam program tahunan PIBG itu.

“Melalui program Hari Keluarga PIBG juga dapat merapatkan hubungan silaturahi­m warga sekolah dan para ibu bapa melalui kerjasama yang dibina bagi menjayakan program ini,” katanya.

Perasmian Hari Keluarga PIBG SK Bandar Tawau telah disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Hj Muis Hj Picho.

Sementara acara penyampaia­n hadiah kepada semua pemenang telah disempurna­kan oleh Yang Dipertua PIBG Badriansya­h Mohd Hamdi.

Selain aktiviti sukaneka terdapat juga aktiviti lain yang turut memeriahka­n program hari berkenaan seperti jualan amal pakaian terpakai oleh para guru. Hasil jualan baju terpakai itu akan disumbangk­an kepada surau SK Bandar Tawau.

Aktiviti giant bubble untuk pelajar tahun lima serta jualan makanan dan minuman oleh Mobile Food Kiosk (MFK) turut menarik perhatian para pengunjung program berkenaan. (Artikel sumbangan Irebeh Sabara)

 ??  ?? MUIS bergambar kenangan bersama para guru dan ibu bapa SK Bandar Tawau. (Gambar kanan) Pelajar tahun lima yang menjayakan aktiviti giant bubble.
MUIS bergambar kenangan bersama para guru dan ibu bapa SK Bandar Tawau. (Gambar kanan) Pelajar tahun lima yang menjayakan aktiviti giant bubble.
 ??  ??
 ??  ?? KUMPULAN Kasih menjuarai keseluruha­n sukaneka Hari Keluarga SK Bandar Tawau.
KUMPULAN Kasih menjuarai keseluruha­n sukaneka Hari Keluarga SK Bandar Tawau.
 ??  ?? AKTIVITI senamrobik yang dikendalik­an oleh Cikgu Mohd Yuzaideen Yahya.
AKTIVITI senamrobik yang dikendalik­an oleh Cikgu Mohd Yuzaideen Yahya.
 ??  ?? ANTARA aksi peserta acara lari sambil kepit buah kelapa.
ANTARA aksi peserta acara lari sambil kepit buah kelapa.
 ??  ?? DAYANG Anis pemenang acara dart kategori murid perempuan.
DAYANG Anis pemenang acara dart kategori murid perempuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia