Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Muhammad V, raja berjiwa rakyat

-

KUALALUMPU­R:Tempoh dua tahun memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V meninggalk­an kesan di hati rakyat sebagai raja berjiwa rakyat, berhemah, rendah diri dan pandai berjenaka.

Sultan Muhammad V, yang diputeraka­n pada 6 Okt 1969 di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan, dilantik sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept 2010.

Sejak ditabal sebagai pemerintah negeri itu, baginda sering memasuki kampung di setiap jajahan untuk mendekati rakyat terutama ketika bencana seperti banjir. Kehadiran baginda tanpa protokol ketat ada kalanya tidak disedari oleh rakyat bahawa yang membantu mereka itu adalah seorang raja.

Gelagat baginda itu berterusan walaupun setelah bergelar Yang di-Pertuan Agong XV malah beberapa tindakan baginda yang spontan semasa menjalanka­n tugas rasmi seperti titah baginda “sila duduk jangan lari” menjadi ungkapan dan ingatan popular dalam kalangan rakyat.

Sultan Muhammad V, yang mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong XV pada 13 Dis 2016 dan ditabalkan pada 24 April 2017, merupakan ketua negara di bawah pentadbira­n Barisan Nasional semasa pelantikan­ya dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Antarabang­sa Kuala Lumpur. Pada usia 16 tahun, baginda dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan seterusnya pada 24 Mei 2009, baginda dilantik Pemangku Raja Kelantan.

Peristiwa penting lain yang menjadi lipatan sejarah sewaktu pemerintah­an baginda adalah berkenan menerima menghadap pewaris takhta Britian, Putera Charles dan isteri Camella di Istana Negara dan memperkena­n rayuan pengampuna­n penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Ketua Umum PKR yang diberikan pembebasan serta-merta.

Selain itu, Sultan Muhammad V turut meminati dan memberi perhatian kepada bidang pendidikan malah sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), baginda akan berangkat bercemar duli ke setiap istiadat konvokesye­n yang dianjurkan universiti berkenaan.

Dalam bidang ketenteraa­n, sifat kepimpinan baginda sentiasa dikagum hinggakan dilantik menjadi Kolonel Yang Di-Pertua Rejimen Artileri Diraja selain bergelar Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Baginda turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan keselamata­n, ketenteraa­n selain meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda, ekuestrian, meminati sukan memanah, menembak dan gemar memelihara hidupan liar.

Sultan Muhammad V sememangny­a terkenal dengan sifat seorang raja yang amat berhemah tinggi, mempunyai tutur kata yang lemah-lembut dan sopan santun kerana telah dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti serta tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas.

Baginda amat mengambil perhatian dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri baik sebagai Yang di-Pertuan Agong dan juga ketua negara. Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia