Utusan Borneo (Sabah)

Wanita temui telur goreng bertekstur plastik

-

MIRI: Seorang ibu mendakwa menemui tekstur seakan plastik pada telur goreng yang dimasak untuk keluargany­a malam Sabtu.

Video beliau menunjukka­n tekstur mencurigak­an telur goreng itu dikongsi dengan Utusan Borneo menerusi WhatsApp.

Video berdurasi 31 saat itu menunjukka­n sebahagian putih telur keras seakan plastik sambil pengadu merasai teksturnya yang berlainan daripada telur goreng biasa.

“Saya tersedar ada benda putih seperti plastik keluar dari putih telur yang telah digoreng.

“Melihat keadaan itu, saya berasa geli,” jelas ibu berusia 34 tahun dari Piasau itu.

Ketika dihubungi pemberita, dia berkata lima biji telur dimasak sebiji demi sebiji sebagai antara juadah makan malam.

Tiga telur yang telah dimakan mempunyai rasa telur biasa.

Selepas menggoreng dua lagi telur, dia perasan keadaan pelik pada tekstur putih telur.

Telur dibeli ayahnya daripada penjaja menggunaka­n van di Krokop dua hari lalu.

Sebanyak dua set dibeli untuk keperluan dapur.

Utusan Borneo turut berkongsi video berkenaan dengan Ketua Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri san Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Miri Joe Azmi Jamil.

Joe memberitah­u, setakat ini pihaknya belum menerima aduan tentang kes tersebut.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengadu agar membuat aduan dalam talian ke laman sesawang KPDNHEP.

“Lapor kepada pihak kami atau kepada (jabatan) kesihatan.

“Kalau ada kes sebegini, pihak KPDNHEP siasat dulu dan sampel akan dihantar ke Jabatan Kimia,” jelasnya.

 ??  ?? GAMBAR daripada rakaman video dikirim pengadu menunjukka­n tekstur mirip plastik pada putih telur yang telah digoreng.
GAMBAR daripada rakaman video dikirim pengadu menunjukka­n tekstur mirip plastik pada putih telur yang telah digoreng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia