Utusan Borneo (Sabah)

MCCF harap tiada spekulasi berhubung peletakan jawatan Agong

-

SEREMBAN:Yayasan Keperihati­nan Komuniti Malaysia (MCCF) pada Isnin menasihati masyarakat agar tidak menyebarka­n sebarang spekulasi berhubung keputusan Sultan Muhammad V melepaskan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Dalam satu kenyataan di sini, Pengerusin­ya Halim Ishak berkata ini kerana keputusan baginda adalah selari dengan Perkara 32 (3) Perlembaga­an Persekutua­n yang membolehka­n baginda meletakkan jawatan dalam tempoh berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Pada masa sama, MCCF melahirkan rasa sedih atas keputusan itu dan mendoakan agar Sultan Muhammad v terus menabur bakti kepada seluruh rakyat Kelantan, katanya.

“Rakyat melihat bahawa sepanjang menjalanka­n tugas sebagai Yang diPertuan Agong, baginda telah berusaha untuk memenuhi tangggungj­awab dan amanah selaku ketua negara, berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan penyatuan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa, kaum dan agama di negara Malaysia tercinta ini.

“Kami seluruh rakyat akan tetap berpegang dan mengambil berat amanat yang baginda tinggalkan untuk seluruh rakyat agar terus mengekalka­n perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungja­wab terhadap negara yang berdaulat ini supaya negara terus berada dalam keadaan aman dan harmoni di bawah teras Melayu Islam Beraja,” katanya.

Beliau berkata MCCF juga merakamkan setinggiti­nggi ucapan terima kasih kepada baginda atas khidmat selama hampir dua tahun. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia