Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin, netizen luah rasa sedih dan terkejut peletakan jawatan Agong

-

KUALA LUMPUR: Pemimpin dan kebanyakan netizen di media sosial malam ini menzahirka­n rasa terkejut dan sedih dengan berita peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang diPertuan Agong ke-15.

Berita peletakan jawatan itu yang diketahui sejak lewat petang mendapat pelbagai reaksi dan menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaa­n atas khidmat Seri Paduka sepanjang memegang jawatan tertinggi negara.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan ringkas di Facebook merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Sultan Muhammad V atas khidmat baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV.

“Kami rakyat Malaysia berdoa agar Tuanku sentiasa dikurniaka­n kesihatan dan dilindungi Allah SWT. Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku!,” katanya. Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar turut menjunjung kasih kepada Sultan Muhammad V kerana memberi pengampuna­n penuh kepada ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Semoga Malaysia tidak meneruskan lagi penahanan manamana tahanan politik,” katanya dalam Twitter.

Berikutan peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong itu, netizen ada yang tertanya-tanya siapakah pengganti kepada Sultan Muhammad V.

Antara sebahagian komen netizen ialah Syamil Hmd yang berkata “Sedih tuanku. Tapi apa-apa pun raja bernaung di atas takhta melindungi rakyat. Allahuakhb­ar, Daulat Tuanku.” Mohd Irwan Shaffii pula menulis: “Pertama kali dalam sejarah. Agong letak jawatan. Sebelum ini tak pernah berlaku.”

Seorang lagi netizen Shahril Aziz melontar pandangan dengan mengungkap kembali kata-kata baginda yang tular: “Ingat dulu jenaka Tuanku masa pembukaan sidang parlimen... Ayat tengah hot masa tu “duduk jangan lari”.” - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia