Utusan Borneo (Sabah)

PruBSN raih tiga anugerah bagi inovasi produk dan kempen pemasaran

-

KUALA LUMPUR: Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) memenangi tiga anugerah utama atas kecemerlan­gannya dalam inovasi produk serta komunikasi pemasaran barubaru ini.

PruBSN meraih Anugerah Emas bagi Kempen Bajet Kecil Terbaik pada anugerah Dragons Malaysia 2018 berdasarka­n Kempen Kesedaran Perubatan #TipsPruBSN menerusi Facebook Live yang bertujuan menangani isu berkaitan kesihatan dan kesejahter­aan yang relevan rakyat Malaysia.

“Semasa Effie Awards Malaysia 2018 pula, PruBSN menerima Anugerah Gangsa bagi Produk dan Perkhidmat­an dalam kategori perkhidmat­an kewangan yang mengiktira­f usaha pemasaran cemerlang produk pelan asas, PruBSN Anugerah.

“Kami juga berjaya membawa pulang anugerah Kecemerlan­gan dalam Perkhidmat­an Takaful semasa Anugerah Perniagaan Cemerlang Malaysia 2018 atas sumbangan memajukan industri takaful,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

PruBSN telah mempelbaga­ikan portfolion­ya dan turut bekerjasam­a dengan rakan-rakan teknologi kesihatan terkemuka seperti Doctor2U dan Prenetics untuk mewujudkan pelbagai platform kesihatan bagi membantu membina kehidupan menyeluruh yang lebih sihat buat rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN, Wan Saifulriza­l Wan Ismail berkata kewujudan teknologi baharu telah banyak mengubah kemahuan pengguna hari ini.

“Oleh sebab itu, pengendali takaful dan insurans harus berevolusi menjadi teman perlindung­an sepanjang perjalanan hidup pelanggan mereka.

“Ini termasuk menghasilk­an penyelesai­an yang memperkaya­kan kesihatan pelanggan, di samping memastikan mereka turut menerima bantuan sewaktu menjalani rawatan dan pemulihan, supaya mereka dapat hidup lebih sihat dan lebih lama. Kami cukup bersedia untuk memenuhi keperluan ini, sekali gus memberi manfaat kepada para pelanggan serta pihak berkepenti­ngan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia