Utusan Borneo (Sabah)

RHB Research kekalkan saranan beli ke atas AMMB Holdings

-

KUALA LUMPUR: RHB Research Institute mengekalka­n saranan beli ke atas AMMB Holdings Bhd dengan harga sasaran RM4.73 memandangk­an ia melihat cadangan penjualan pinjaman tidak berbayar (NPL) syarikat itu secara positif.

Menurut RHB Research, langkah penjualan itu berpotensi melonjakka­n keuntungan AMMB Holdings pada tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2019 walaupun dengan kesan menurunkan keuntungan bersih tahun kewangan 2020, dan meningkatk­an nisbah modal.

“Selain itu, kami yakin jualan akaun-akaun runcit yang culas ini juga akan membolehka­n pihak pengurusan mengagihka­n semula sumber untuk penggunaan yang lebih produktif,” katanya dalam nota semalam.

Baru-baru ini, milik penuh AMMB Holdings, AmBank (M) Bhd dan AmBank Islamic Bhd menandatan­gani perjanjian penjualan dan pembelian dengan Aiqon Amanah Sdn Bhd dan Aiqon Islamic Sdn Bhd bagi penjualan NPL berjumlah RM553.9 juta.

Cadangan penjualan RM428.1 juta adalah daripada AmBank manakala RM125.8 juta daripada AmBank Islamic, melibatkan jualan mutlak berasaskan tanpa rekursa.

Portfolio itu terdiri 537,068 akaun bagi sewa beli industri, pinjaman industri kecil dan sederhana, pembiayaan kenderaan, gadai janji, pinjaman peribadi dan kad kredit.

NPL itu dihapus kira sepenuhnya dan dinilai oleh KPMG Corporate Advisory Sdn Bhd akan mempunyai nilai antara RM450 juta dan RM570 juta. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia