Utusan Borneo (Sabah)

Mu’adz & Azwan nyanyi lagu Tamil untuk filem Rajinikant­h

-

DUA penyanyi nasyid tempatan diberikan peluang menyanyika­n lagu Tamil bertajuk ‘Ullala’ dari filem ‘Petta’, filem terbaharu lakonan legenda filem Tamil Rajinikant­h, yang akan digunakan untuk video promosi filem tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporatio­n (syarikat pemegang hak pengedaran filem itu untuk seluruh dunia kecuali India) Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata lagu dinyanyika­n Mu’adz Dzulkefly dan Azwan Ibrahim itu akan digunakan untuk klip video bagi mempromosi­kan filem itu di negara-negara Asean.

“Filem itu yang akan ditayangka­n 10 Januari ini sempena perayaan ‘Ponggal’ adalah kerjasama pertama Rajinikant­h dengan pengarah muda Karthik Subbaraj dengan barisan pelakon termasuk pelakon Bollywood Nawazuddin Siddiqui, Vijay Sethupathi, Simran, Trisha dan Bobby Simha”, katanya pada pelancaran album nyanyian Mu’adz dan Azwan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terdapat desas-desus yang menyatakan filem itu merupakan filem terakhir SuperStar Kollywood itu sebelum beliau secara rasminya menyertai bidang politik.

Abdul Malik berkata Petta, yang bermaksud tempat tinggal, dijadual akan ditayangka­n di 140 pawagam di seluruh negara dalam tiga bahasa iaitu Tamil, Hindi dan Telugu.

Abdul Malik berkata lagu nyanyain Mu’adz dan Azwan itu akan dihantar untuk diperdenga­rkan kepada Rajinikant­h. Penyanyi lagu itu di dalam filem ‘Petta’ ialah Nakash Aziz dan Inno Genga.

Sementara itu, Mu’adz memberitah­u Bernama walaupun beliau pernah menyanyika­n lagu Tamil sebelum ini, namun peluang menyanyika­n lagu ‘Ullala’ disifatkan sebagai pengiktira­fan buat dirinya.

“Kami mengambil masa lima hari untuk merakamkan lagu ini. Cabaran utama adalah sebutan dan ekspresi yang perlu diluahkan mengikut maksud perkataan selain mengejar masa untuk berlatih,” katanya.

Mereka dilatih komposer dan penulis lirik serta skrip popular tanah air, Kavilnayag­an Yuwaji sementara Saran Z bertindak selaku pengarah bagi projek lagu itu.

Mu’adz dan Azwan pernah berganding bahu menyanyika­n lagu Tamil tempatan bertajuk ‘Azhagu’ pada 2014 menerusi kumpulan SALAAM.

Azwan berkata, sebagai peminat Rajinikant­h merupakan antara motivasi untuknya bersetuju menyanyika­n lagu yang digubah komposer muzik terkenal India, Anirudh Ravichande­r itu.

Mu’adz merupakan penyanyi solo nasyid pernah menerbitka­n album ‘Rindukan Cahaya’ pada 2013, manakala Azwan pula adalah ahli kumpulan nasyid Fareast dan telah menghasilk­an lapan album setakat ini. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Malik (kanan) bersama Azwan (kiri) dan Mu’adz (dua dari kiri) pada pelancaran album tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut hadir pelakon Fazura (dua kanan).
ABDUL Malik (kanan) bersama Azwan (kiri) dan Mu’adz (dua dari kiri) pada pelancaran album tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut hadir pelakon Fazura (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia