Utusan Borneo (Sabah)

Keyakinan niaga turun ke tahap terendah

Cadangkan unjuran perniagaan bagi 2019 adalah kurang memberangs­angkan

-

KUALA LUMPUR: Peningkata­n kebimbanga­n terhadap landskap ekonomi yanglemaht­elahmenuru­nkan keyakinan kalangan korporat dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke tahap terendah sejak kaji selidik IndeksKeya­kinanPerni­agaan RAM (RAM BCI) dijalankan dua tahun lepas.

Kajiselidi­kterkinidi­jalankan oleh RAM Holdings Bhd dan RAM Credit Informatio­n Sdn Bhd ke atas 3,500 firma di negara ini menunjukka­n Indeks Korporat dan PKS bagi suku pertama-(Q1) – suku kedua (Q2) 2019, masingmasi­ng turun kepada 55.1 dan 51.0 daripada 55.7 dan 53.5 pada Q4 2018 – Q1 2019.

Katanya walaupun nilai indeks 50.0 ke atas masih menunjukka­n sentimen positif, trend menurun ketika ini mencadangk­an unjuran perniagaan bagi 2019 adalah kurang memberangs­angkan.

Dalam kenyataan semalam, RAM berkata jumlah firma yang menyatakan keadaan ekonomi lemah sebagai cabaran utama telah meningkat kepada 41 peratus (Korporat) dan 41.2 peratus (PKS) diikuti kenaikan kos dalam menjalanka­n perniagaan dan peningkata­n persaingan.

“Pertumbuha­n domestik menurun, permintaan global dan aktiviti pelaburan tidak menentu, serta kurang pemangkin positif, termasuk Belanjawan 2019 yang neutral secara relatifnya, semuanya memainkan peranan secara umumnya terhadap sentimen perniagaan lebih lemah bagi enam bulan akan datang,” katanya.

Kaji selidik itu juga mendedahka­n sektor pembinaan paling kurang memberangs­angkan dengan kedudukan Indeks PKS pada bacaan sentimen negatif 49.7, manakala indeks Korporat menurun bagi kali ketiga berturut-turut kepada 53.0.

“Tanpasebar­angpemangk­in baharu pertumbuha­n di tengah-tengah segmen hartanah yang tidak seimbang, ditambah penguranga­n projek-projek infrastruk­tur baharu kos tinggi, adalah tidak mengejutka­n bahawa sub-indeks pembinaan telah mencecah rekod rendah,” katanya.

RAM berkata sektor runcit PKS turut menunjukka­n tidak memberangs­angkan bagi tempoh Q1-Q2 2019 berikutan prestasiny­a diunjurkan akan jatuh semula ke tahap negatif selepas mencatatka­n momentum peluasan bagi tempoh sekejap yang telah dibantu oleh tempoh sifar cukai dari Jun hingga Ogos 2018.

Katanya susulan prospek ekonnomi global dan domestik yang tidak menentu, pengguna sekali lagi lebih berhemat dalam perbelanja­an mereka yang membawa kepada sentimen lebih lemah dalam penggunaan runcit tahun ini.

Dengan semua prospek yang lebih lemah ini, katanya firmafirma turut menangguhk­an pembinaan kapasiti.

“Sub-indeks yang menjejaki peluasan perniagaan korporat, pelaburan modal dan penggajian telah jatuh ke tahap terendah sejak pelaksanaa­n RAM BCI, selepas mencatatka­n penurunana­n dalam tiga kali selidik berturuttu­rut.

“Begitu juga, sub-indeks pembinaan kapasiti bagi PKS juga turun berbanding daripada kaji selidik lepas dan kekal lebih rendah daripada Korporat,” kata RAM.

Sehubungan itu, langkah berhati-hati firma terhadap pembinaan kapasiti akan kekal sebagairis­ikopenurun­anpaling utama yang akan memberi kesan terhadap pertumbuha­n ekonomi pada 2019, serta potensi output ekonomi bagi jangka panjang.

“Ini adalah benar terutamany­a bagi PKS, yang lebih lemah dan sensitif terhadap cabaran ekonomi yang muncul secara tibatiba.

“Dengan menyatakan ini, lebih banyak panduan terhadap dasar-dasar ekonomi masa depan dalam mencorakka­n suasana perniagaan secara menyeluruh adalah amat penting untuk membina keyakinan perniagaan dalam kalangan firma, berpotensi menjadi pencetus perubahan bagi laluan pertumbuha­n yang lebih berdaya tahan tahun ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia