Utusan Borneo (Sabah)

Dua beradik kongsi pakaian seragam perlu bantuan, perhatian

Penemuan Program Jejak Asnaf anjuran Suara Zon Pedalaman Bawah

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BONGAWAN: Dua beradik di daerah ini terpaksa berkongsi sepasang pakaian seragam sekolah yang sudah lusuh untuk meneruskan sesi persekolah­an pada tahun ini.

Berikutan kekangan kewangan, dua beradik daripada enam bersaudara dari Kampung Nyaris-Nyaris itu terpaksa berganti-ganti menggunaka­n pakaian seragam memandangk­an mereka samasama bersekolah pada sesi pagi.

Begitulah kehidupan seharian yang dilalui Shamil HairiRamad­an,11,danadiknya Mohd Ardika Ramadan, 10, sejak tiga tahun lepas.

Guru Kokurikulu­m Sekolah Kebangasaa­n (SK) NyarisNyar­is Jamaa Muhamad berkata, dua beradik itu dijaga oleh nenek mereka yang turut bertanggun­gjawab terhadap tiga lagi adik kecil berumur 3 hingga 9 tahun.

Malah katanya, adik perempuan mereka, Soleha Ramadan, 9, yang kini berada di Tahun Tiga sekolah sama juga mengalami kesusahan serupa dengan hanya mengenakan seragam lama yang lusuh dan sempit.

“Pada mulanya, kami hairan mengapa Shamil dan Ardika sering tidak hadir ke sekolah dan peliknya ia berlaku secara bergantian iaitu jika hari ini Shamil hadir, nescaya Ardika tidak dan begitu juga sebaliknya.

“Setelah disiasat, hancur luluh hati kami apabila mengetahui bahawa mereka berdua terpaksa bergilir menggunaka­n seragam dan kasut sekolah sama yang sudah lusuh kerana tidak mampu membeli seragam baharu.

“Peristiwa itu menyebabka­n kami berusaha membantu anak-anak ini dengan sedikit bantuan barangan persekolah­an,” katanya ketika ditemui dalam Program Jejak Asnaf anjuran Pertubuhan Suara Anak Muda Sabah (Suara) Zon Pedalaman Bawah, di sini.

Jamaa berkata, kadangkala ketiga-tiga beradik itu tidak hadir ke sekolah sehingga berbulan lamanya kerana menjaga adik kecil mereka sekiranya nenek mereka keluar berniaga kuih di beberapa tempat.

“Saya difahamkan, nenek mereka akan membawa Ardika dan Soleha bersama bagi membantu beliau berjualan di pasar tamu yang perginya awal pagi dan pulangnya lewat petang, semata-mata mencari sesuap nasi untuk menyara cucu-cucunya.

“Sementara, Shamil bertanggun­gjawab menjaga dua adik kecilnya di rumah yang masing-masing berusia empat dan dua tahun ketika ini,” katanya yang tidak tahu secara tepat lokasi jualan warga emas terbabit.

Sementara itu, nenek kanakkanak terbabit, Kamsiah Matasan, 72, yang ditemui di rumahnya di Kampung NyarisNyar­is di sini, meluahkan kesedihan mengenai nasib semua cucunya jika suatu hari nanti beliau meninggal dunia.

Menurutnya, sudah tentu hidup anak-anak tidak berdosa itu menderita memandangk­an ibu bapa mereka sudah lama berpisah hingga menyebabka­n beliau terpaksa mengambil alih tanggungja­wab menyara cucucucuny­a.

“Ibu mereka seorang warga Indonesia yang sudah lama pulang ke kampungnya dan tidak dapat kembali disebabkan masalah dokumen, manakala suaminya iaitu anak saya menetap di Kota Kinabalu.

“Anak saya tidak dapat membantu kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap, malah perbelanja­an sekolah anak-anak juga tidak mampu disediakan­nya menyebabka­n cucu saya sering tidak hadir ke sekolah.

“Pendapatan saya kira-kira RM500 sebulan hasil jualan kuih dan bantuan kebajikan RM350 sebulan hanya cukup menampung makan minum kami,” katanya yang turut mempunyai dua anak lelaki yang masing-masing sudah berkeluarg­a.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan dapat menyediaka­n rumah baharu di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) termasuk bantuan peralatan membuat kuih kepada beliau.

Katanya, ia perlu memandangk­an kondisi keseluruha­n rumah usang peninggala­n keluarga yang diduduki bersama cucucucuny­a ketika ini sudah rosak khususnya di bahagian atap dan lantai rumah.

“Saya berharap kerajaan prihatin terhadap keperluan kami ini dan dapat menyalurka­n bantuan segera demi kepentinga­n anak-anak yang tidak mempunyai tempat berteduh selain rumah ini,” katanya.

Pada program itu, Pengerusi Suara Zon Pedalaman Bawah Rozley Suhaili menyampaik­an sedikit sumbangan wang tunai kepada Kamsiah dan berjanji akan membuat kunjungan susulan dalam masa terdekat.

Dalam kunjungan bersama Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Bongawan diketuai Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Richard Manuel itu, pihak UPPM turut merekodkan data peribadi kanak-kanak terbabit bagi tujuan permohonan bantuan kerajaan.

Richard yang mewakili Adun Bongawan Dr Daud Yusuf berkata, pihaknya akan memaklumka­n kepada Daud dan bantuan susulan kepada keluarga itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KAMSIAH bersama cucu yang dijaganya di Kg Nyaris-Nyaris. (Gambar bawah) Kamsiah (duduk) dikekeling­i cucu-cucunya sambil dibantu oleh Shamil (tengah, tunduk) semasa membuat kuih cincin di dapur rumahnya yang usang.
KAMSIAH bersama cucu yang dijaganya di Kg Nyaris-Nyaris. (Gambar bawah) Kamsiah (duduk) dikekeling­i cucu-cucunya sambil dibantu oleh Shamil (tengah, tunduk) semasa membuat kuih cincin di dapur rumahnya yang usang.
 ??  ?? KAMSIAH (kiri) bersama cucu-cucunya di tangga rumah usang miliknya di Kampung Nyaris-Nyaris.
KAMSIAH (kiri) bersama cucu-cucunya di tangga rumah usang miliknya di Kampung Nyaris-Nyaris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia