Utusan Borneo (Sabah)

Tembak anak guna bakakuk, petani dipenjara 10 tahun

Tembak anak guna bakakuk hingga cedera parah

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang petani yang mabuk dan melepaskan tiga das tembakan terhadap anaknya, dikenakan penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan menyebabka­n cedera parah.

Hakim Elsie Primus mengatakan kepada tertuduh Jukiring Matamban, 41, bahawa kesalahan yang dilakukan serius dan memerintah­kan tempoh pemenjaraa­n bermula dari tarikh sabitan.

Tertuduh dengan sengaja menyebabka­n cedera parah terhadap Frendly Jukiring, 5, dengan menggunaka­n senjata api buatan sendiri ‘bakakuk’.

Kesalahan dilakukan pada 25 Mei 2017 jam 3.20 petang di hadapan sebuah rumah, Kampung Muhang, daerah Kota Marudu.

J u k iring yang mengaku salah disabitkan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun dan denda atau sebatan.

Mengikut fakta kes, pada hari sama jam 5.15 petang pengadu seorang anggota polis menerima panggilan telefon memaklumka­n seorang kanak-kanak dihantar ibunya ke hospital kerana terkena tembakan yang dilepaskan ayahnya.

Hasil siasatan yang dilakukan, tertuduh yang dalam keadaan mabuk melepaskan tembakan terbabit, semasa mangsa sedang bermain di luar rumah.

Mangsa yang terkena peluru pada bahagian dada, bahu dan pipi dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

Bertindak berdasarka­n maklumat, polis berjaya menangkap tertuduh kira-kira jam 10 malam, namun semasa melakukan pemeriksaa­n di rumah tertuduh tidak ditemukan senjata terbabit.

Pada 26 Mei 2017 jam 2.30 petang, barang kes ‘bakakuk’, sebutir peluru dan kelongsong berjaya ditemukan di kawasan semak kebun selepas dipandu arah tertuduh.

Semasa rayuan Jukiring yang tidak diwakili peguam, memohom pertimbang­an mahkamah dengan menyatakan enam anaknya masih bersekolah dan isterinya tidak bekerja.

Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip menegaskan hukuman berat harus dijatuhkan kerana tertuduh mencederak­an anaknya sendiri dengan menggunaka­n ‘bakakuk’.

“Laporan perubatan menunjukka­n mangsa mengalami kecederaan parah dan serius.

“Pada masa ini, tertuduh sedang menjalani hukuman penjara selama lapan bulan dari tarikh sabitan 20 Disember tahun lalu atas kesalahan memiliki senjata api,” katanya.

Beliau juga memohon tertuduh menjalani keduadua hukuman terbabit secara berasingan.

Hasil siasatan yang dilakukan, tertuduh yang dalam keadaan mabuk melepaskan tembakan terbabit, semasa mangsa sedang bermain di luar rumah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia