Utusan Borneo (Sabah)

Pelancong meninggal dunia selepas tersedak air laut, dipukul ombak

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang pelancong warganegar­a China disahkan meninggal dunia semasa melakukan riadah air di Pantai Mengalum, tengahari Isnin.

Mangsa, Chen Shao Ling, 26, berasal dari Guangdong, China disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.35 tengahari.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata mangsa bersama dua lagi rakannya masing-masing berumur 28 dan 29 tahun tiba di sini sejak 5 Januari lalu untuk bercuti.

“Mangsa dan rakannya kemudian pergi ke Pulau Mengalum dengan menaiki bot katamaran melalui Jeti Pasific bagi melakukan riadah air di pulau terbabit.

“Sebelum memulakan aktiviti air, mangsa dan rakannya diberikan taklimat keselamata­n. Bagaimanap­un, kira-kira dua jam kemudian, mangsa dipercayai tersedak air laut sebelum dipukul ombak semasa melakukan snorkeling di pantai berkenaan,” katanya.

Menurutnya mangsa segera diselamatk­an pemandu pelancong sebelum diberikan bantuan pernafasan (CPR) bersama seorang lagi pemandu bot, namun mangsa tidak menunjukka­n sebarang tindak balas.

“Mangsa kemudianny­a disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebaik diperiksa di Jeti Marina Sutera pada jam 1.02 petang dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE1) untuk dibedah siasat bagi mengesahka­n punca kematian mangsa,” katanya.

Kes berkenaan diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke HQE.
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke HQE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia