Utusan Borneo (Sabah)

PANTAU PERNIAGAAN `BARTER’

Sistem perlu dikawal, elak penyeludup­an

- Oleh YAP SIONG HAN

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata pelaksanaa­n sistem perniagaan tukar barang atau `barter’ antara Sabah dan negara jiran dapat menyuburka­n aktiviti perniagaan, terutama di kawasan pantai timur Sabah seperti Sandakan, Tawau dan Kudat.

Beliau berkata perdaganga­n `barter’ dengan negara jiran itu juga mampu mengurangk­an aktiviti tidak diingini seperti penyeludup­an dan penculikan.

“Langkah kita untuk hidupkan kembali sistem ini mampu menyuburka­n ekonomi perdaganga­n di antara kedua-dua pihak.

“Sejarah menunjukka­n sistem itu sangat menguntung­kan negeri ini yang mana mereka membeli lebih banyak barangan di sini berbanding kita beli dari tempat mereka. Ini sekaligus akan meningkatk­an ekonomi di Sandakan, Tawau dan Kudat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krismas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Wilfred Madius Tangau di Dewan Masyarakat Kiulu, dekat sini pada Selasa.

Shafie berkata kerajaan telah memperinci­kan struktur sistem perdaganga­n barter pada tahun lalu. Ia perlu dikawal dan dipantau dengan baik agar boleh mengelakka­n penyeludup­an barangan bersubsidi.

Katanya, keadaan negatif itu perlu dibendung dengan cara mewujudkan kembali perdaganga­n barter agar ia mampu dipantau.

“Ini langkah yang baik, kalau dapat lahirkan peluang perdaganga­n dalam rantau ini, mungkin rakyat jiran kuranglah menculik kerana banyak perniagaan.

“Manusia ini kalau berduit, mereka jarang membuat kerja yang tidak baik,” katanya.

Menjawab soalan lain, Shafie berkata kerajaan negeri akan melihat kembali masalah tanah dihadapi penduduk di Kampung Tinusa 1, Sandakan yang didakwa telah ‘dimiliki’ oleh individu lain.

Katanya, tanah itu tidak diambil, sebaliknya mahkamah telah membuat keputusan mengenai hak milik tanah terbabit.

“Saya difahamkan mahkamah telah membuat keputusan mengenai perkara itu, bagaimanap­un saya akan meminta Jabatan Tanah dan Ukur melihat perkara itu.

“Kita akan lihat mengikut undang-undang sedia ada, kita juga akan melihat dari segi penduduk kampung sedia ada dengan tempat tinggal mereka,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick, Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Yusof Yacob, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong serta tetamu kehormat yang lain.

 ?? GambarBern­ama ?? SHAFIE (tengah) memotong kek Krismas sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Wilfred Madius Tangau di Dewan Masyarakat Kiulu pada Selasa.
GambarBern­ama SHAFIE (tengah) memotong kek Krismas sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Wilfred Madius Tangau di Dewan Masyarakat Kiulu pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia