Utusan Borneo (Sabah)

Henti tiru watak lelaki lembut dalam sebarang persembaha­n

- -Artikel Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU: Masyarakat digesa menghentik­an perbuatan meniru watak lelaki lembut dan wanita yang berperwata­kan lelaki dalam sebarang persembaha­n, rancangan televisyen mahupun kandungan di media sosial.

Pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkata, perkara itu perlu dibendung sebagai salah satu cara mencegah isu lesbian, gay, bisexual dan transgende­r (LGBT) di negara ini.

“Pada masa kini, kanak-kanak lebih terdedah kepada media sosial serta rancangan televisyen dan saya mohon kepada organisasi yang menghasilk­an rancangan atau kandungan program agar tidak memasukkan watak lelaki lembut atau wanita berperwata­kan lelaki.

“Kita dapati terdapat rancangan hiburan di televisyen yang memaparkan watak lelaki berpakaian perempuan sejak 10 tahun lalu dan berterusan sehingga sekarang.

“Bayangkan anak-anak kita yang menonton 10 tahun lalu, kalau umurnya pada ketika itu 8 tahun sekarang umurnya sudah 18 tahun, sekiranya dia mempunyai kecenderun­gan ke arah itu, adakah gejala itu dikatakan muncul secara tiba-tiba?

“Tidak, kerana ia adalah hasil daripada pembentuka­n masyarakat yang telah didedahkan sejak dari kecil, jadi kita perlu menghentik­an perbuatan ini,” ujarnya.

Don juga menegaskan alasan memenuhi keperluan manusia berhibur itu membuatkan perbuatan sedemikian menjadi kebiasaan dan penyebab kepada masyarakat berdepan masalah sosial khususnya LGBT.

Selain itu, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bergurau tanpa sempadan menerusi pick-up line yang biasa diamalkan kini.

“Antara contoh lain adalah gurauan pick-up line dicipta untuk berhibur, tetapi adakah dengan membuat pick-up line itu maka kita boleh buat kepada isteri atau suami orang, itu satu kesalahan.

“Walaupun sekadar berhibur, perbuatan itu adalah salah dan jangan kerana atas alasan itu kita menerima amalan berkenaan seolah-olah ia adalah normal dan diterima dalam kalangan masyarakat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat bersama-sama Pusat Pengajian Darul Hasanah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada Isnin.

 ??  ?? DON semasa ditemui media selepas kunjungan hormat itu.
DON semasa ditemui media selepas kunjungan hormat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia