Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik bakakuk, adik ditahan polis

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang pemilik senapang patah buatan sendiri atau bakakuk dan adik lelakinya ditahan polis selepas melepaskan tembakan secara rambang menggunaka­n senjata itu di Kampung Tiku Ruminding Inanam, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata keduadua suspek warga tempatan ditahan di rumah mereka kirakira jam 5.30 petang selepas laporan polis dibuat terhadap mereka.

“Kejadian awal berlaku apabila suspek minum bersama beberapa rakannya sebelum berlaku pertengkar­an menyebabka­n suspek pulang ke rumah untuk mengambil senjata terbabit kira-kira jam 2.20 petang Khamis.

“Suspek kemudianny­a balik ke tempat mereka minum lalu melepaskan satu das tembakan ke udara menyebabka­n rakanrakan­nya melarikan diri dan bersembuny­i daripada suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada Selasa.

Menurutnya susulan kejadian salah seorang daripada rakannya berumur 62 tahun bertindak membuat laporan polis berkenaan kejadian berikutan bimbang suspek akan mengulangi perbuatann­ya.

“Bertindak daripada laporan itu, sepasukan polis menjalanka­n siasatan dan menahan suspek berumur 57 tahun dan adik lelakinya berumur 37 tahun yang turut berada di lokasi semasa kejadian.

“Polis juga merampas

bakakuk kepunyaan suspek dan beberapa barangan lain termasuk 21 butir peluru dan 50 kelongsong peluru pelbagai jenama, serta botol berisi sejumlah ‘ball bearing’,” katanya.

Habibi berkata hasil siasatan mendapati kejadian berlaku disebabkan perselisih­an faham antara suspek dan rakan sekampungn­ya semasa menikmati minuman keras di lokasi.

“Suspek juga sudah menyimpan senjata buatan

sendiri itu kira-kira enam hingga tujuh tahun untuk tujuan memburu serta kesemua peluru yang dimiliki adalah peluru yang dikitar semula dan sebahagian­nya dibeli.

“Ball bearing yang ditemukan di rumah suspek juga diakui oleh suspek untuk membuat peluru dan hanya satu dari 10 peluru yang dibawa untuk berburu berfungsi manakala selebihnya tidak boleh digunakan,” katanya.

Tambahnya adik suspek juga dikesan mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 506 serta 376 Kanun Keseksaan dan kini direman bersama suspek.-

 ??  ?? HABIBI menunjukka­n bakakuk yang dirampas daripada suspek.
HABIBI menunjukka­n bakakuk yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia