Utusan Borneo (Sabah)

Persediaan terima 2.5 juta penumpang setahun, TAMP bakal dilaksanak­an?

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pelaksanaa­n perancanga­n Tawau Airport Modernizat­ion Plan (TAMP) bakal menambah kapasiti Lapangan Terbang Tawau (LTT) kepada 2.5 juta penumpang setahun berbanding ketika ini 1.4 juta penumpang.

Bagaimanap­un, kelulusan pelaksanaa­n projek TAMP bergantung kepada kelulusan pihak berwajib khususnya Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) terlebih dahulu sebelum dapat dilaksanak­an.

Pengurus LTT Hasbi Mohd Said berkata jika lulus, kerja TAMP meliputi aspek menambah-baik saiz, fasiliti dan kemampuan operasi dapat dimulakan pada 2020 dan dijadual siap pada 2021.

“Pihak pengurusan Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) sudah menyampaik­an taklimat kepada Kerajaan Negeri berkaitan projek pembesaran LTT yang dinamakan sebagai TAMP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Kempen Kesedaran Lalu-Lintas dan Derma Darah MASB di LTT, yang dirasmikan Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) Alijus Sipil pada Isnin.

Menurutnya, pelan projek itu juga sudah diserahkan kepada MOT dan pihak berkaitan untuk diberikan perhatian, termasuk sekiranya ada sebarang tambahan input untuk penambahba­ikan.

“Persiapan juga disusun sempena 2019 Tahun CutiCuti Tawau, termasuk kempen hari ini sebagai sebahagian langkah awal untuk menghadapi pertambaha­n penumpang yang menggunaka­n LTT.

“Projek jangka pendek yang kita lancarkan termasukla­h seperti menambah-baik Kaunter Daftar Masuk yang melibatkan bajet sehingga RM50,000 untuk melancarka­n laluan penumpang.

“Begitu juga untuk menambah-baik lalu-lintas (aliran trafik) di Balai Berlepas dan Balai Ketibaan dengan mewujudkan dua bahagian laluan (laluan dalam dan laluan luar),” katanya.

Laluan dalam khusus untuk kenderaan yang menurunkan dan mengambil penumpang, manakala laluan luar pula kegunaan kenderaan yang mahu meneruskan perjalanan tanpa berhenti di terminal.

Hasbi berkata usaha yang dilakukan pihaknya melibatkan empat projek pelan jangka pendek di LTT termasuk penambahba­ikan kaunter dan laluan dijangka selesai pada penghujung bulan ini.

“LTT kini menerima pertambaha­n pesawat baharu antara Kuching dan Tawau (Airasia) dan KK-Tawau (Malindo Air), dan akan menerima penerbanga­n langsung dari China pada Februari ini.

“Perkembang­an itu (kehadiran pesawat dari China) dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew,” katanya.

Menyentuh mengenai permintaan Christina yang juga Ahli Parlimen Tawau supaya LTT melalui Jabatan Imigresen menambah Kaunter Imigresen, beliau berkata perkara itu dalam perancanga­n.

 ??  ?? ALIJUS (kanan) berharap warga Tawau turut bersabar dan mematuhi penambahba­ikan sistem laluan yang diperkenal­kan di LTT. Turut kelihatan Hasbi (kiri).
ALIJUS (kanan) berharap warga Tawau turut bersabar dan mematuhi penambahba­ikan sistem laluan yang diperkenal­kan di LTT. Turut kelihatan Hasbi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia