Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 300 peniaga madu kelulut di Lahad Datu tuntut pembayaran RM2 juta

-

LAHAD DATU: Syarikat Nova Babylon Sdn Bhd berkaitan pemelihara­an madu kelulut yang berpangkal­an di Segamat, Johor dituntut supaya membuat bayaran RM2,091,600 kepada 302 anggotanya di Lahad Datu.

Berkongsi perkara itu, seorang stokis Persada Nova babylon Trigona Holistic Farm di Lahad Datu, Suhaimi Abas berkata satu laporan polis dibuat pada Selasa terhadap syarikat terbabit supaya dapat mengembali­kan modal anggota terlibat.

“Pihak polis juga diminta agar menjalanka­n siasatan lanjut terhadap syarikat ini,” katanya selepas tampil membuat laporan polis bersama anggota Nova Babylon di sini, Selasa.

Pada Sept 2015, seramai 302 ahli menyertai usahasama Trigona Log dan Saham log dengan pengasas syarikat Faizzal Chai Abdullah bertempat di sebuah premis stokis di sini.

Seramai 296 anggota menyertai Trigona Log dengan jumlah log 1,743 bernilai RM2,091,600 manakala enam anggota lagi menyertai Saham Log RM49,200 (jumlah log 41)

Dalam pada itu, Suhaimi berkata bayaran bulanan kesemua Log pada mulanya berjalan lancar seperti dijanjikan sehingga pada Oktober 2017 pembayaran seterusnya tidak dibuat.

“Alasannya, syarikat mengalami kerugian dan tidak mampu membuat bayaran kepada kesemua anggota” katanya lagi.

Suhaimi turut mendedahka­n ada membuat pelaburan saat akhir bernilai RM96,000 tetapi hanya menerima keuntungan RM4,000 selama 3 bulan sahaja.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor mengesahka­n menerima laporan polis berkenaan dan akan menyiasat perkara tersebut. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia