Utusan Borneo (Sabah)

Kekayaan kebudayaan Cina perlu dikembangk­an

-

KOTA KINABALU: Kepelbagai­an dan kekayaan kebudayaan­Cinaamatbe­rharga untuk dikembangk­an, kata Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman.

Bercakap ketika menerima kunjungan hormat rombongan Persatuan Gabungan Komuniti Cina Sabah Kota Kinabalu (USCCAKK) di sini pada Isnin, beliau berharap dapat menghadiri Festival Tarian Naga, Singa dan Unicorn Tahun Baharu Cina 2019 dan Pameran Kampung Budaya Cina yang dianjurkan oleh persatuan itu.

Beliau juga telah meluluskan permintaan USCCAKK untuk memasang sepanduk di tepi jalan berhampira­n Kompleks Sukan Likas untuk mempromosi­kan acara itu.

Kedua-dua festival dan pameran itu akan diadakan di Kompleks Sukan Likas pada 19 Januari (Sabtu).

Presiden USCCAKK Datuk Susan Wong Siew Guen berkata Festival Tarian Naga, Singa dan Unicorn Tahun Baharu Cina adalah acara ikonik persatuan itu.

“Setiap tahun, kami mengumpul persatuan tarian naga, singa dan unicorn yang terbaik dua minggu sebelum Tahun Baharu Cina untuk membuat persembaha­n kepada orang ramai. Ia sememangny­a cara yang menarik untuk memulakan perayaan ini,” katanya.

Beliau berkata, persatuan itu berbangga kerana dapat menjemput Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal untuk merasmikan Festival Tarian Singa, Naga dan Unicorn sempena Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

Sementara itu, Susan berkata Pameran Kampung Budaya Cina akan dirasmikan oleh Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu Liang Caide.

Beliau juga menggesa warga Kota Kinabalu supaya membawa keluarga mereka untuk menghadiri sambutan itu yang diadakan sepanjang hari pada 19 Januari.

Pameran Kampung Budaya yang akan diadakan dari jam 8 pagi hingga 6 petang menampilka­n pastri Tahun Baharu Cina iaitu teh tradisiona­l terkenal yang disediakan oleh 15 persatuan klan di bawah USCCAKK.

Selain itu, persembaha­n tarian singa, naga dan unicorn akan bermula pada jam 12 tengahari hingga 7 malam.

Di samping itu, terdapat juga pertanding­an Miss Cheongsam dan Mr Tang Suit dalam kalangan persatuan pada jam 10 pagi.

Terdapat juga penampilan istimewa oleh Dewa Kekayaan, tarian naga yang bercahaya, persembaha­n 24 pukulan gendang dan sebagainya. Masuk adalah percuma.

Sebanyak 15 persatuan klan berkenaan terdiri Hokkien, Hakka, Hainan, Sze Yip, Teochew, San Chiang, Wong, Tiew, Tai Poo, Lung Yen, Cina Utara, Foochow, Ann Toai, Chin Ann dan Nam Ann.

 ??  ?? SUSAN (lima dari kanan) menyampaik­an jemputan rasmi kepada Nordin (enam dari kanan) diperhatik­an ahli jawatankua­sa penganjur.
SUSAN (lima dari kanan) menyampaik­an jemputan rasmi kepada Nordin (enam dari kanan) diperhatik­an ahli jawatankua­sa penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia