Utusan Borneo (Sabah)

Waris kanak-kanak perempuan dicari

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Pejabat Perkhidmat­an Kebajikan Am Daerah Beluran sedang mengesan keluarga atau waris seorang kanak-kanak perempuan yang kini berumur 8 tahun, berhubung kes penyerahan bayi.

Pegawai Pelindung Asmad Nasir berkata ia bagi membantu siasatan kes berkenaan berdasarka­n laporan polis yang dibuat oleh pengadu bertarikh 7 Januari 2019.

Beliau berkata siasatan awal hasil temuduga yang dijalankan, pengadu berumur 41 tahun melaporkan telah mengambil seorang kanak-kanak perempuan dengan nama panggilan Siti Norfadilah (gambar) daripada sepasang suami isteri pekerja estet Ladang Sabah.

“Pasangan suami isteri itu memaklumka­n ibu bapa kandung Siti Norfadilah telah lari ke tempat lain dan tidak dapat dikesan sehingga kini.

“Justeru, pengadu dengan rasa simpati terus mengambil keputusan untuk memelihara Siti Norfadilah dan ingin menjadikan anak angkatnya memandangk­an pengadu tidak mempunyai anak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau meminta waris atau sesiapa yang mengenali kanak-kanak berkenaan agar tampil bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kes berkenaan didengar di Mahkamah Kanak-Kanak, Mahkamah Litar Beluran pada Selasa dan pengadu mendapat perintah jagaan sementara sehingga kes kanak-kanak itu dibawa semula ke Mahkamah Kanak-Kanak pada 12 Februari 2019.

Untuk sebarang maklumat boleh menghubung­i beliau di pejabatnya di talian 089-518301.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia