Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga didakwa simpan dan jual minuman keras, rokok seludup

-

TELUK INTAN: Seorang peniaga pasar mini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa, atas dua pertuduhan menyimpan dan menjual minuman keras dan rokok seludup di premis miliknya di Langkap, dekat sini, minggu lalu.

Tertuduh, Teoh Chee Loon, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pasar Mini Kai Sheng, No.13, Lorong 1, Taman Langkap Jaya, Langkap, dekat sini, pada jam 12.30 tengah hari, 2 Jan lalu.

Ia membabitka­n 30 karton rokok dengan keseluruha­n 5,640 batang rokok pelbagai jenama selain turut memiliki 115 tin bir pelbagai jenis yang dianggarka­n keseluruha­n bernilai RM516.60.

Pertuduhan dikemukaka­n Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Nur Izyani Ismail mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(v)(aa) akta yang sama.

Sabit kesalahan memperuntu­kkan hukuman denda minima RM100,000 atau mana yang lebih tinggi atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut didakwa menjual lapan jenis minuman keras tanpa lesen membabitka­n 15.42 liter bernilai RM46.26, di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 76 Akta Eksais 1976 yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih RM50,000.

Teo, dalam rayuannya, memohon dikurangka­n wang jaminan kerana mempunyai tanggungan isteri dan dua anak yang masih kecil.

Majistret Syahdatul Kamilah menetapkan kes disebut semula pada 8 Feb ini serta membenarka­n tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia