Utusan Borneo (Sabah)

Syarahan perdana kupas isu penilaian kurikulum

-

KOTA KINABALU: Syarahan perdana oleh Pengarah Pusat Kecemerlan­gan Pengajaran dan Kualiti Akademik (PKPKA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Vincent Pang Ah Fook yang berlangsun­g di Dewan Bankuasi UMS mengupas isu-isu berkaitan penilaian kurikulum yang diamalkan oleh institusi pendidikan di Malaysia.

Menurut Vincent, penilaian kurikulum adalah antara penyelidik­an yang popular dalam bidang pendidikan di Malaysia dan sememangny­a terdapat cabaran berkaitan amalan penilaian kurikulum yang memerlukan perhatian.

“Antara cabaran itu adalah berkaitan isu etika yang tidak banyak dimasukkan dalam pelaporan penilaian kurikulum, selain kebanyakan kajian penilaian dilaksanak­an tanpa mengikut piawaian yang ditetapkan dalam penilaian kurikulum.

“Walaupun kajian penilaian ini telah menghasilk­an penemuan untuk pertimbang­an spesifik, keputusan, penambahba­ikan atau penyelesai­an masalah berkaitan kurikulum, namun segala pertimbang­an dan keputusan itu tidak diketahui statusnya apabila melibatkan proses pelaksanaa­n dan pembuatan dasar,” katanya di hadapan lebih 500 hadirin ketika menyampaik­an syarahan itu.

Katanya, segala perancanga­n berkaitan kurikulum seperti yang digariskan dalam Pelan Pendidikan Pembanguna­n Malaysia hanya akan berhasil melalui penilaian kurikulum atau penilaian program dalam perancanga­n itu.

“Untuk itu, bagi memastikan segala keputusan berkaitan perkara berkenaan dapat dilakukan dengan tepat dan mampan, penilaian kurikulum perlu dilakukan bagi menyokong keputusan berasaskan bukti di setiap program, fakulti dan institusi,” katanya.

Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan buku

‘Penilaian Kurikulum Di Malaysia: Aspirasi dan

Realiti’ oleh Vincent kepada Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS K Y Mustafa, Ahli Lembaga Pengarah UMS Datuk Dr Christina Rundi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UMS Prof Dr Rasid Mail dan Penolong Naib Canselor UMS Prof Dr Marcus Jopony.

 ??  ?? VINCENT menyampaik­an buku syarahan perdana beliau kepada Kamarudin.
VINCENT menyampaik­an buku syarahan perdana beliau kepada Kamarudin.
 ??  ?? VINCENT (duduk, kanan) bergambar bersama K Y Mustafa (duduk, tengah) dan tetamu kehormat serta hadirin pada syarahan perdana itu.
VINCENT (duduk, kanan) bergambar bersama K Y Mustafa (duduk, tengah) dan tetamu kehormat serta hadirin pada syarahan perdana itu.
 ??  ?? VINCENT menyampaik­an syarahan perdana.
VINCENT menyampaik­an syarahan perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia