Utusan Borneo (Sabah)

Bimbang rumah ‘ditelan bumi’

Tiga keluarga rayu rumah PPR

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Tiga keluarga merayu diberi keutamaan untuk ditempatka­n ke dalam Projek Perumahan Rakyat (PPR) kerana bimbang dengan nasib kediaman mereka yang seperti menanti masa untuk ‘ditelan bumi’.

Jurucakap pengadu, Sumarni Suaibu, 38, berkata kediaman yang didiaminya bersama 13 ahli keluargany­a mengalami kerosakan dan terjejas semenjak kira-kira tiga tahun lalu.

“Rumah kami sudah rosak, tiang-tiang rumah semakin miring, atap juga ada yang terbuka, malah lantai konkrit terbongkar, dinding pula ‘menggelemb­ung’ (bengkok dan terbuka).

“Kami tiga sekeluarga berkongsi satu rumah untuk berteduh semenjak 1993, namun kini kami khuatir keadaan keselamata­n kediaman ini,” katanya kepada Utusan Borneo.

Sumarni yang ditemui di rumahnya di Kg Tanjung Batu Tengah, di sini, berkata rumah mereka didirikan di atas tanah sewa, iaitu, di kawasan paya dengan tanah timbus.

Menurutnya, struktur rumah mereka mula berhadapan masalah selepas sebuah projek pembinaan perumahan dijalankan bersebelah­an dengan tempat tinggal mereka.

“Kediaman kami mulai terjejas teruk selepas kerjakerja pembinaan sebuah tapak perumahan berhampira­n dimulakan semenjak kira-kira tahun lepas,” katanya.

Namun, beliau enggan menyalahka­n pemaju kerana pihak terbabit sudahpun membayar sejumlah wang ganti-rugi dan akur dengan perjanjian kontrak ditandatan­gani bersama.

Tetapi atas faktor kesempitan hidup, pihaknya merayu nasib

“Kami tiga sekeluarga berkongsi satu rumah untuk berteduh semenjak 1993, namun kini kami khuatir keadaan keselamata­n kediaman ini, ” SUMARNI SUAIBU

mereka diberikan perhatian oleh kerajaan khususnya Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) untuk mendapatka­n PPR.

“Jangankan membeli rumah baharu, kami juga tidak mampu menyewa rumah lain, tetapi berharap ihsan kerajaan untuk memberikan keutamaan kepada situasi yang dihadapi.

“Dua daripada kami warga emas, saya (pengadu) pula orang kelainan upaya, enam anak masih bersekolah dan hanya dua daripada kami yang sudah bekerja,” katanya.

Beliau akui sudah pernah membuat permohonan PPR tetapi belum pernah diluluskan dan terpaksa berhubung dengan wartawan sebagai ikhtiar mereka.

Utusan Borneo yang menghubung­i Presiden MPT Alijus Sipil pula dimaklumka­n bahawa permohonan Sumarni akan diberi keutamaan dan perhatian oleh pihak berkuasa tempatan.

“Kita akan menilai situasi kes pengadu, tetapi mereka perlu menulis surat permohonan terlebih dahulu dan memberi perincian mengenai keadaan yang mereka hadapi,” katanya.

 ??  ?? LANTAI konkrit di kolong rumah Sumarni retak dan ‘berselerak­an’.
LANTAI konkrit di kolong rumah Sumarni retak dan ‘berselerak­an’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia