Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas terharu terima bantuan dari Peter Hii

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN:“Tiada kata yang dapat diungkap, selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan, Datuk Peter Hii Chang Lik.

“Semoga beliau diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dan bagi membolehka­n lebih ramai lagi orang yang memerlukan seperti saya menerima bantuan,” kata Tan See Eng.

Menurut nenek berusia 80 tahun ini, dia cukup terharu menerima bantuan daripada Peter Hii bagi membaiki kerosakan dan kebocoran saluran paip di rumahnya yang terletak di tingkat 5 Lot 10D Blok 49 Jalan Leila, bersebelah­an bangunan Dewan Masyarakat Sandakan.

Beliau berkata Peter Hii juga menghulurk­an bantuan bagi membersihk­an tempat kotor disebabkan limpahan air berkenaan.

“Sebelum itu, kerosakan berkenaan dan kebocoran saluran paip itu telah menyebabka­n saya yang merupakan pemilik rumah dan tinggal bersendiri­an di rumah itu telah diarahkan melalui surat oleh pihak Majlis Perbandara­n Sandakan bagi membersihk­an kekotoran serta membaiki kebocoran saluran paip itu.

“Akibat tiada sumber pendapatan dan saya seorang warga emas, saya tidak dapat membersihk­an kekotoran dan membaiki saluran paip itu,” katanya.

Tan memberitah­u dalam surat itu juga menyatakan sekiranya gagal, dia akan dikompaun RM300 dan diberi tempoh 14 hari untuk menyelesai­kan masalah itu.

Beliau telah mengadu kepada jirannya, Chung Nyuk Ha, 58, berhubung masalah yang dia hadapi itu.

Dengan bantuan jirannya, beliau telah dibawa berjumpa dengan Peter Hii selaku presiden MPS bagi mengadu masalah berkenaan.

 ??  ?? TAN See Eng (dua kiri) bersama Chung Nyuk Ha (kiri) bertemu dengan Peter Hii bagi mengadu masalah dihadapi.
TAN See Eng (dua kiri) bersama Chung Nyuk Ha (kiri) bertemu dengan Peter Hii bagi mengadu masalah dihadapi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia