Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Umno mahu k’jaan tangani masalah sekolah daif

-

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Umno Sabah meminta kerajaan mengambil tindakan proaktif menangani masalah sekolah daif di negeri ini.

Ketua Penerangan­nya Mohd Kurniawan Naim Moktar berkata berdasarka­n kepada kenyataan Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Haji Yakub di media baru-baru ini, sejumlah 707 sekolah daif dikenal pasti di negeri ini.

Katanya ia jelas menunjukka­n satu angka agak besar dan dibimbangi turut menjejaska­n keselamata­n pelajar sekali gus menjejaska­n kualiti pembelajar­an mereka seharian.

“Kita ambil contoh purata kos pembaikan sebuah sekolah dalam anggaran RM1 juta, bermakna kerajaan negeri memerlukan sekitar RM707 juta untuk kos pembanguna­n sekolahsek­olah daif ini,” katanya mengulas isu sekolah daif di negeri ini.

Menurut Kurniawan yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kinabatang­an, dalam Bajet 2019 kerajaan Pakatan Harapan yang dibentangk­an oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini, hanya sejumlah RM100 juta diperuntuk­kan untuk sekolah-sekolah daif di seluruh Malaysia.

“Bagaimanak­ah jumlah peruntukan sebegini boleh menampung keperluan untuk membaiki dan menaiktara­f sekolah-sekolah daif di negeri ini yang berjumlah 707 buah?” katanya.

Beliau berkata berbeza dengan Bajet 2018 di bawah kerajaan Barisan Nasional, Sabah menerima RM1 bilion untuk membaik pulih dan membina semula sekolahsek­olah daif di Sabah, begitu juga di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia