Utusan Borneo (Sabah)

ST laksana program tambah baik sistem pendawaian

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Suruhanjay­a Tenaga (ST) sekali lagi menjalanka­n program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dengan membantu memeriksa dan menambahba­ik sistem pendawaian Pusat Pengajian Darul Hasanah yang terletak di Batu 12 di sini.

Antara penambahba­ikan yang dilakukan menerusi program Touch Point itu termasuk penambahan pendawaian terhadap punca-punca kuasa dan kipas, penggantia­n lampulampu rosak, penukaran kotak papan agihan serta penambahan alat-alat perlindung­an.

Pengarah Kawasan ST Pantai Timur Sabah Ir Amir Faisal Khamshah berkata, program Touch Point di kawasan pantai timur Sabah telah bermula sejak 2016 dan sekolah tahfiz di Sandakan telah dipilih pada tahun ini.

Katanya, melalui analisa yang dijalankan ST, kebanyakan kes kemalangan dan kebakaran yang berlaku adalah berpunca daripada kecuaian pengguna yang tidak mengambil berat terhadap soal pendawaian yang selamat dan alat perlindung­an yang sempurna.

Pada masa ini katanya, masih ramai yang belum tahu mengenai kepentinga­n komponen Peranti Arus Baki (PAB) dalam sistem pendawaian elektrik yang mampu melindungi pengguna dari renjatan elektrik sekiranya berlaku kebocoran arus atau lintar pintas.

“Justeru, ST mengambil inisiatif untuk menjayakan program-program kesedaran dan kemasyarak­atan bagi meningkatk­an pemahaman orang ramai mengenai kepentinga­n PAB ini.

“Ini kerana, PAB memerlukan pengujian secara berkala bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik dan dapat melindungi nyawa,” katanya pada Majlis Penghargaa­n dan Ceramah Keselamata­n Elektrik Program Touch Point oleh ST Pantai Timur Sabah di pusat tahfiz itu pada Selasa.

Selain majlis penghargaa­n, Seminar Keselamata­n Elektrik dan Kecekapan Tenaga turut diadakan untuk meningkatk­an pengetahua­n dan kesedaran para pelajar tahfiz mengenai soal keselamata­n elektrik serta kepentinga­n menggunaka­n elektrik dengan cekap.

 ??  ?? PENYAMPAIA­N cenderahat­i dari wakil Pusat Pengajian Darul Hasanah kepada pihak ST Pantai Timur Sabah.
PENYAMPAIA­N cenderahat­i dari wakil Pusat Pengajian Darul Hasanah kepada pihak ST Pantai Timur Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia