Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak buat dakwaan palsu

Berhubung hasil cukai pelanconga­n: Lim

-

PUTRAJAYA: Dakwaan kerajaan negeri Sarawak bahawa kerajaan Persekutua­n telah membayar hasil cukai pelanconga­n 2018 kepada Sabah adalah tidak benar kerana tiada satu pun negeri yang menerima hasil cukai itu setakat ini, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menurutnya, kerajaan negeri Sabah juga telah menafikan dakwaan negeri itu telah menerima 50 peratus daripada hasil cukai pelanconga­n tersebut.

“Kerajaan negeri Sarawak tidak akan mengakui kesilapan dan akan serang kerajaan Persekutua­n untuk menanam kebencian dalam kalangan rakyat Sarawak.

“Mereka menggunaka­n pembohonga­n dan dakwaan palsu untuk mencapai matlamat mereka. Saya tahu ini semua persiapan untuk Pilihan Raya Negeri dalam masa dua tahun,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan peruntukan RM25 juta di bawah Belanjawan 2019 untuk sekolah pondok berdaftar, di sini pada Selasa.

Pada Isnin, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew menafikan dakwaan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan

“Kerajaan negeri Sarawak tidak akan mengakui kesilapan dan akan serang kerajaan Persekutua­n untuk menanam kebencian dalam kalangan rakyat Sarawak. Mereka menggunaka­n pembohonga­n dan dakwaan palsu untuk mencapai matlamat mereka. Saya tahu ini semua persiapan untuk Pilihan Raya Negeri dalam masa dua tahun, ”

Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada 4 Jan lepas bahawa

LIM GUAN ENG Menteri Kewangan

Sabah telah menerima cukai pelanconga­n daripada kerajaan Persekutua­n.

Lim dalam kenyataan pada Ahad lepas berkata pengagihan 50 peratus hasil cukai pelanconga­n 2018 kepada semua kerajaan negeri akan dilakukan pada suku pertama 2019.

Mengenai laporan Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa bahawa China menawarkan untuk menebus 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) sebagai balasan bagi perjanjian projek kereta api dan saluran paip minyak dan gas di bawah inisiatif ‘Belt dan Road’, Lim berkata beliau tidak tahu mengenai isu tersebut.

“Saya perlu merujuk kembali sama ada terdapat sebarang butiran yang diperkatak­an secara terperinci. Sekiranya dinyatakan dalam bentuk hitam putih maka ia adalah sesuatu yang kita perlu siasat,” katanya.

Menurut laporan itu, kerajaan pentabiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah memeterai pinjaman berjumlah US$2.3 bilion (RM9.3 bilion) daripada Export-Import Bank of China pada 2016 bagi membiayai pembinaan dua saluran paip gas di negara ini.- Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? LIM ketika sesi sidang media pada Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Pondok Berdaftar di Kementeria­n Kewangan pada Selasa.Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.
-Gambar Bernama LIM ketika sesi sidang media pada Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Pondok Berdaftar di Kementeria­n Kewangan pada Selasa.Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia