Utusan Borneo (Sabah)

Penutupan akaun kerajaan pada 21 Dis bermula 2018

-

PUTRAJAYA: Penutupan akaun kerajaan pada 2018 buat pertama kalinya dibuat lebih lewat iaitu pada 21 Disember berbanding kaedah biasa pada 15 November bagi memastikan fungsi kerajaan tidak terhenti terlalu lama sebelum memasuki tahun baharu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata penutupan akaun kerajaan pada bulan November yang diamalkan terdahulu menyukarka­n urusan kerajaan berikutan pembayaran tidak boleh dibuat dalam tempoh lebih sebulan.

“Sungguhpun buat kali pertama kita tutup (akaun) pada 21 Dis, kita bersyukur baki masih ‘surplus’ (lebihan), tiada defisit.

“Ini menunjukka­n pengurusan kewangan yang baik berdasarka­n cekap, amanah dan telus (CAT) dan itu menunjukka­n sistem yang mengikut aturcara dan prinsip perakaunan yang diterima di peringkat antarabang­sa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Pondok Berdaftar, pada Selasa.

Menurut Lim, amalan menutup akaun pada bulan November seperti diamalkan kerajaan terdahulu adalah tidak profesiona­l dan dibuat untuk tujuan politik.

“Untuk tunjukkan akaun cantik, cepat-cepat tutup akaun. Tetapi sebulan setengah kerajaan tidak berfungsi dan ini sangat tidak bertangung­gjawab,” katanya.

Terdahulu, beliau menyerahka­n peruntukan sebanyak RM25 juta di bawah Belanjawan 2019 untuk sekolah pondok berdaftar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Lim berkata peruntukan itu buat kali pertamanya diberikan secara sekali gus bagi memastikan perancanga­n lebih teratur dapat dibuat berbanding diserahkan secara berperingk­at sepanjang tahun seperti yang diamalkan sebelum ini.

“Ini juga menunjukka­n komitmen kerajaan terhadap pendidikan Islam... bukti kerajaan Pakatan Harapan bersikap terbuka terhadap sistem pendidikan yang progresif dan berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Mujahid berkata sebanyak 228 sekolah pondok dan sekolah menengah agama rakyat berdaftar di seluruh negara yang akan menerima peruntukan tersebut.

“Peruntukan ini akan dilaksanak­an dengan sebaik mungkin,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia