Utusan Borneo (Sabah)

Gobind lawat tapak projek NFCP di Melaka

-

JASIN: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo pada Selasa melakukan lawatan ke Felda Tun Ghafar Kemendor dan Pejabat Pos Jasin di sini bagi meninjau perlaksana­an projek rintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara (NFCP) di kawasan ini.

Lawatan bersempena pelancaran projek rintis NFCP yang bakal menyediaka­n kemudahan Internet berkelajua­n tinggi kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar.

Beliau, yang tiba di Felda Tun Ghafar Kemendor, pada 9.06 pagi disambut Exco Komunikasi, Multimedia, Pembanguna­n Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee.

Dalam lawatan itu, Gobind meluangkan masa hampir sejam bagi mendengar taklimat Pengarah Projek NFCP, Muhammad Faisal Sidek dan melihat sendiri lokasi projek rintis itu yang akan dilaksanak­an Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sebelum mengakhiri sesi lawatan kerjanya di Felda Tun Ghafar Kemendor, Gobind turut beramah mesra dan bertukar pendapat mengenai projek NFCP bersama penduduk Felda berkenaan.

Gobind kemudian melakukan lawatan ke sebuah lagi tapak projek rintis NFCP iaitu Pejabat Pos Jasin dan ketibaan beliau kira-kira pukul 10.15 pagi disambut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad Syed Md Najib Syed Md Noor.

Pada lawatan itu, Gobind meluangkan masa melawat gerai perkhidmat­an econsignme­nt, Pos Laju EziBox dan National Digital Id bersempena Hari Terbuka Pos Malaysia yang bertemakan Digital dan e-Dagang selain menguji kelajuan fiber optik.

Pelaksanaa­n NFCP, yang menggabung­kan penggunaan gentian optik dan kesalinghu­bungan tanpa wayar, menyasarka­n pencapaian garis dasar 98 peratus liputan jalur lebar di kawasan berpenghun­i menjelang 2023, dengan kelajuan jalur lebar minimum pada kadar 30 Mbps.

Peranan utama untuk menjayakan pelan itu diamanahka­n kepada Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia yang diteraju Gobind, yang ingin melihat kesalinghu­bungan Internet di Malaysia dapat dinikmati setiap orang di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Selain Felda Tun Ghafar Kemendor, dua lagi lokasi di sini dipilih sebagai projek perintis NFCP iaitu Taman Merbau dan Taman Maju.

Seterusnya, beliau dijadual ke Majlis Perbandara­n Jasin bagi menghadiri Majlis Pelancaran Projek Rintis NFCP yang dijangka berlangsun­g pukul 11 pagi pada Selasa.— Bernama

 ??  ?? GOBIND (dua, kiri) mencuba kemudahan internet yang tersedia semasa mengadakan lawatan ke Tapak Projek Rintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara (NFCP) di Felda Tun Ghafar Kemendor pada Selasa. -Gambar Bernama
GOBIND (dua, kiri) mencuba kemudahan internet yang tersedia semasa mengadakan lawatan ke Tapak Projek Rintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara (NFCP) di Felda Tun Ghafar Kemendor pada Selasa. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia