Utusan Borneo (Sabah)

Enggan berjauhan dengan keluarga antara faktor pelajar tinggalkan Sekolah Berasrama Penuh

-

KUALA LUMPUR: Tidakdapat­menyesuaik­an diri dengan kehidupan di asrama dan enggan berjauhan daripada keluarga antara faktor yang menyebabka­n pelajar terpaksa meninggalk­an Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kecemerlan­gan, Aidie Jantan berkata sehingga tahun lepas, kira-kira 400 pelajar meninggalk­an SBP berbanding 1,000 pelajar pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata pelbagai faktor membawa kepada penurunan itu termasuk keberkesan­an Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) yang diperkenal bermula bagi kemasukan tahun lepas.

“Kita yakin UKSPB merupakan satu instrumen amat ‘valid’ untuk memastikan murid dapat terus menghuni sekolah (SBP) itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pendaftara­n Tingkatan 1 di SBP Integrasi Gombak di sini pada Selasa.

Beliau bagaimanap­un tidak mendedahka­n dengan lebih lanjut aspek keberkesan­an UKSBP.

Difahamkan selain UKPSB yang diperkenal pada2017(bagikemasu­kan tahun lalu), pemilihan ke SBP turut mengambil kira merit pentaksira­n aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK) serta Psikometri­k.

Sementara itu Aidie berkata pihaknya akan lebih proaktif dalam menambah bilangan pelajar daripada golongan B40 di SBP pada tahuntahun akan datang bagi memastikan pelajar cemerlang dari golongan itu diberi peluang semaksimum mungkin.

“Peluang kepada pelajar dari golongan B40 ini perlu diberikan kerana kita faham persekitar­an kondusif akan mengujakan mereka untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.

“Kita harap muridmurid ini dapat berjaya mencapai hasrat guru dan ibu bapa mereka kerana mereka inilah yang akan menjadi pemangkin kepada mobiliti sosial dalam keluarga masingmasi­ng untuk berubah daripada keluarga berpendapa­tan rendah kepada tinggi,” katanya.

Ahad lalu, Kementeria­n Pendidikan (KPM) dalam kenyataann­ya memaklumka­n bahawa sejumlah 9,530 pelajar berjaya dalam permohonan mereka untuk ditempatka­n di SBP seluruh negara bagi sesi persekolah­an 2019.

Daripada jumlah itu 52.28 peratus atau 4,888 merupakan pelajar dari keluarga B40, peningkata­n 15.34 peratus berbanding tahun lepas. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia